Sembilan Telefon Bimbit Antara Barang Bukti Kes Adun

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Sembilan telefon bimbit adalah antara 20 barang bukti yang diterima Mahkamah Sesyen di sini untuk perbicaraan kes menggugut tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu.

Selain itu empat komputer riba turut dijadikan bahan bukti dalam kes Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, 38, bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yang didakwa membuat ugutan jenayah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada tiga Adun Barisan Nasional Terengganu pada April tahun lepas.

Tertuduh turut didakwa memfitnah Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS yang mengandungi ugutan kepada tiga Adun itu iaitu Adun Paka Mohd Ariffin Abdullah, Adun Ajil Datuk Rosol Wahid dan Adun Permasuri Abdul Halim Jusoh dengan menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Saksi pertama kes Koperal Zulbahari Abdul Manan, 43, dari Cawangan Jenayah dan Stor Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berkata 20 daripada 36 jenis barangan yang diambil daripada tertuduh telah dijadikan bahan bukti dalam kes ini.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz //ownsmsbiz.com/v1 dengan menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Sabit kesalahan dalam pertuduhan ini, Ahmad Ramzi boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Shahidani dibantu Nor Azimon Azumi dan Ooi Chooi Geok dan tertuduh diwakili peguam bela Datuk Hazman Ahmad, Rosli Abd Rahman dan Mohamed Noor Mahmud.

Perbicaraan disambung esok. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan