Samy Vellu Diperintah Bayar RM1 Kepada Athi Kumanan

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini memerintahkan Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu membayar RM1 sebagai simbolik untuk kos kepada penasihat ketua kumpulan editorial Malaysia Nanban mendiang Kumanan Pupathi Athimulan, dalam saman fitnah RM100 juta.

Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali membuat perintah itu berikutan permohonan peguam K.Saraswathy bagi mendiang Kumanan, yang lebih dikenali sebagai Athi Kumanan untuk jumlah itu kepada penasihat tersebut.

Beliau juga memerintahkan Samy Vellu membayar RM1,500 untuk kos kepada penerbit akhbar Malaysia Nanban, Penerbitan Sahabat (M) Sdn Bhd.

Terdahulu, peguam Khairun Niza Husnin dan S.Arumugam bagi Penerbitan Sahabat memohon kepada mahkamah kos sebanyak RM5,000.

Prem Ramachandran, peguam Samy Vellu memohon kepada mahkamah agar tidak ada perintah untuk atau jumlah minimum diberikan kerana Kumanan telah meninggal dunia.

Hakim Zaleha membuat keputusan itu setelah Samy Vellu memohon untuk menarikbalik rayuan tersebut terhadap penolakan permohonan injunksi Mahkamah Tinggi yang melarang Kumanan dan Penerbitan Sahabat daripada mencetak atau menerbitkan lagi artikel yang sama kepada mereka yang disiarkan dalam keluaran akhbar itu pada 11 dan 18 November, 2003.

Samy Vellu menarikbalik permohonannya berikutan keputusan beliau untuk menarikbalik samannya terhadap mereka di Mahkamah Tinggi pada 11 November, 2009 setelah Kumanan meninggal dunia.

Pada 2003, Samy Vellu memfailkan saman itu terhadap Penerbitan Sahabat dan Kumanan dengan mendakwa artikel yang disiarkan akhbar harian tersebut membayangkan beliau telah "menipu dan menggadai" masyarakat India.

Bercakap kepada Bernama, Saraswathy berkata beliau memohon RM1 sebagai kos untuk Kumanan sebagai simbolik bagi jumlah pembayaran kemenangan.

"Pembayaran RM1 yang bersejarah kepada Kumanan adalah sempena dengan hari kelahiran Kumanan ke-60 tahun oleh para penyokongnya," kata beliau. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan