Penahanan Lima Peguam Ikut Undang-Undang Yang Betul - Saksi

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan menangkap dan menahan lima peguam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada 7 Mei tahun lepas adalah wajar dan mengikut undang-undang, demikian siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diberitahu semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, menegaskan ia dilakukan tanpa timbul sebarang perasaan simpati terhadap mana-mana kumpulan peguam atau mana-mana individu yang terlibat dalam kejadian itu.

"Ini kerana pihak kami telah menggunakan pendekatan dengan betul iaitu sebelum, ketika, selepas, tangkap, selain cara mendekati mereka tanpa menggunakan sebarang kekerasan tetapi mereka tetap enggan bersurai walaupun diminta berbuat demikian.

Kelima-lima peguam itu Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Ravinder Singh Dhaliwal dan Syuhaini Safwan ditangkap dan ditahan di lokap selepas enggan bersurai pada perhimpunan haram di kawasan luar IPD ketika itu.

"Kami tidak menggunakan sebarang bentuk kekerasan bagi menyuraikan kumpulan ini kerana pihak kami juga menggunakan sikap profesional sebagai polis dalam menjalankan tugas," kata Wan Abdul Bari.

Ketika ditanya sama ada beliau ada berjumpa dengan mana-mana peguam secara individu atau kumpulan peguam, Wan Abdul Bari menegaskan tidak ada sebarang perjumpaan di antara dirinya dengan mereka(peguam).

Siasatan awam itu bertujuan untuk memastikan, antara lain, sama ada penahanan dan penangkapan lima peguam itu adalah satu penafian bagi representasi undang-undang dan pelanggaran terhadap Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 28 Kanun Prosedur Jenayah dan oleh itu, sama seperti pencabulan terhadap hak-hak asasi manusia.

Mereka ditahan sebagai susulan kepada satu perhimpunan sehari sebelum itu bagi memprotes penahanan seorang penulis blog, Wong Chin Huat, di balai polis itu.

Kesemua lima peguam itu mendakwa mereka hadir di situ bagi mewakili orang yang didakwa menghadiri perhimpunan haram.

Siasatan awam itu dilakukan di depan panel Suhakam yang diketuai oleh Datuk Muhammad Shafee, Datuk Dr Michael Yeoh dan Datuk Dr Denison Jayasooria serta peguam pemerhati dari Biro Bantuan Guaman.

Wan Abdul Bari berkata beliau tidak berjumpa dengan bekas presiden Bantuan Guaman K. Ragunath pada hari keesokannya di pejabat Balai Polis Travers di mana kelima-lima peguam itu ditahan.

Muhammad Shafie, bagaimanapun mengarahkan keterangan Wan Abdul Bari disimpan buat sementara waktu selepas dikatakan bercanggah dengan keterangan Ragunath.

Dalam keterangannya, Ragunath ada memeberitahu bahawa beliau telah masuk dan berjumpa dengan Wan Abdul Bari untuk berbincang mengenai penahanan lima peguam itu tetapi tidak diendahkan kerana dia dikatakan enggan berjumpa atau berbincang dengannya.

Inkuiri itu, yang bermula pada pukul 8 malam di Pejabat Suhakam di Tingkat 29, Menara Tun Razak, di sini, akan disambung semula hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan