Tiga Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Bakar Gereja, Sekolah

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Tiga lelaki hari ini masing-masing mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan khianat dengan api ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Gereja Katolik St Louis dan Gereja All Saints pada 10 Januari lepas di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh adalah Andidi Rosidi, 22, Abdul Fattah Shaharuddin, 29 dan Muhamad Ab. Wahab, 20, kesemuanya dari Kamunting dekat sini, sebelum ini telah menghadapi tiga pertuduhan berasingan di Mahkamah Majistret di sini.

Andidi didakwa melakukan kesalahan itu di SMK Convent di Jalan Convent di sini antara antara 12.01 pagi dan 3.30 pagi, manakala Abdul Fattah dan Muhamad didakwa melakukan khianat di Gereja All Saints, di Jalan Taming Sari di sini, juga pada masa yang sama.

Bagi kesalahan itu, kesemua mereka yang bekerja sendiri didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Abdul Fattah dan Muhamad turut didakwa mengikut Seksyen 34 kanun yang sama.

Pada 2 Februari lepas, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret bagi setiap pertuduhan itu.

Pada prosiding hari ini, kesemua tertuduh diwakili peguam Naran Singh yang memohon mahkamah mengurangkan wang ikat jamin RM30,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin yang diputuskan Mahkamah Majisret sebelum ini.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi kemudiannya membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan mereka melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping pada setiap Sabtu.

Meor Sulaiman juga menetapkan 9 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kesemua tertuduh dibebaskan selepas anggota keluarga membayar wang jaminan.

Sementara itu seorang lagi tertuduh, Muhammad Azreen Rosli, 18, tidak dibawa ke Mahkamah Sesyen hari ini sebaliknya dia akan dihadapkan ke Mahkamah Juvana Taiping pada 24 Mac ini.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan