Syarikat Belgium Berhak Ambil Balik Roda Eye On Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan syarikat Belgium, Fitraco NV, yang membekalkan buaian gergasi 'Eye On Malaysia', memasuki satu kawasan di Melaka dan memindah keluar buaian itu.

Hakim Anantham Kasinather yang membuat keputusan itu di dalam kamar turut memerintahkan Fitraco membaik pulih keadaan tanah di situ seperti sebelumnya.

Menurut peguam Leonard Yeoh yang mewakili Fitraco, kes saman itu telah selesai dan syarikat MST AD Suria Sdn Bhd iaitu syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk roda 'Eye On Malaysia', juga diperintah membayar kos guaman sebanyak RM35,000.

Manakala syarikat Eye On Malaysia Sdn Bhd perlu membayar RM10,000 (kos guaman) kepada Fitraco.

Leonard berkata, dengan perintah itu, Fitraco boleh melakukan apa sahaja ke atas buaian itu termasuk menjualnya.

Tanah yang menempatkan buaian itu didaftar atas nama syarikat Eye On Malaysia (EOM) Sdn Bhd.

Selain Leonard, Fitraco turut diwakili peguam Cheah Soo Chuan manakala peguam Adillah Ahmad Nordin mewakili syarikat Eye On Malaysia dan peguam Azirizal Mohd Zaid mewakili MST AD Suria.

Pada 15 September 2009, Fitraco, sebagai pemilik asal buaian gergasi itu, memfailkan saman terhadap syarikat Eye On Malaysia dan MST Ad Suria selepas syarikat terbabit gagal melunaskan tunggakan hutang berjumlah RM17 juta bagi menyewa dan membawa buaian berkenaan ke Malaysia pada 2006.

MST Ad Suria adalah syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk roda Eye On Malaysia pada 2006 sebagai sebahagian daripada tarikan utama sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia pada 2007.

Roda itu dipindahkan dari Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur ke muara Sungai Melaka pada September 2008 dan beroperasi secara rasmi sebulan selepas itu.

Sejak dibuka pada Oktober 2008, Eye On Malaysia dikatakan berjaya mencatat perolehan sebanyak RM5 juta.

Roda gergasi yang menjadi tarikan perlancongan utama di negeri Melaka itu disita pada 7 Januari lepas dan operasinya terpaksa diberhentikan serta-merta. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan