Keputusan Permohonan Komital Elis Syuhaila 3 Mac

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 3 Mac depan bagi membuat keputusan berhubung permohonan komital bekas pensyarah, Elis Syuhaila Mokhtar yang memohon supaya suaminya, Frank Theodorus Van De Ven @ Firdaus dikenakan prosiding menghina mahkamah kerana gagal mematuhi perintah hak penjagaan anak mereka.

Hakim Abu Zaky Mohammad menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan bertulis peguam syarie yang mewakili Elis Syuhaila, Fakhrul Azman Hassan.

Dalam hujahannya, Fakhrul berkata tindakan responden yang gagal mematuhi perintah mahkamah sehingga ke hari ini jelas menunjukkan sikap tidak menghormati bidang kuasa Mahkamah Syariah di sini.

"Adalah penting bagi responden mematuhi suatu perintah persetujuan dan melaknsanakan terma-terma perintah yang dipersetujui itu.

"Sekiranya ada salah satu pihak ingkar atau enggan tanpa alasan munasabah untuk tidak mematuhi terma-terma perintah persetujuan, maka mahkamah patut mengeluarkan perintah menghina mahkamah terhadap pihak yang ingkar itu," katanya.

Menurutnya, dalam permohonan yang dikemukakan oleh Elis Syuhaila, responden bukan sahaja ingkar dengan perintah mahkamah malah tindakannya itu memberi kesan yang negatif kepada pemohon.

Oleh itu, demi menjaga kredibiliti dan mengekalkan status quo Mahkamah Syariah maka suatu perintah menghina mahkamah wajar dikeluarkan kepada responden atas kegagalannya itu.

Elis Syuhaila, 34, menuntut hak penjagaan anaknya Feriss Mokhtar Van De Ven, 6, selepas dia dilarikan oleh suaminya yang juga warga Belanda ke Belgium.

Pada 25 Mac tahun lalu, Elis Syuhaila memfailkan permohonan komital selepas mendakwa Frank gagal memulangkan Ferris seperti perintah yang dikeluarkan awal Februari tahun lalu supaya hak penjagaan anak mereka dijaga secara bergilir-gilir sehingga hak penjagaan kekal diputuskan.

Sehubungan itu, Elis Syuhaila memfailkan permohonan komital untuk menghantar Frank ke penjara kerana perbuatannya didakwa menghina mahkamah mengikut Enakmen Tatacara Mal Mahkmah Syariah Selangor 2003.

Rekod Jabatan Imigresen menunjukkan Frank meninggalkan Malaysia ke Belgium melalui Rantau Panjang, Kelantan pada 5 Mac lalu.

Mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap warga Belanda itu dan meminta kerjasama Imigresen, Interpol dan pihak berkuasa lain supaya Frank ditahan dan dilarang keluar dari Malaysia.

Sebelum ini, Frank telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan Ferris apabila dia dan Elis dalam proses untuk bercerai selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2001.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan