Keputusan Bapa Larikan Anak Hina Mahkamah Diputus Mac Ini

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 3 Mac ini untuk memutuskan sama ada suami bekas pensyarah, Elis Syuhaila Mokhtar, Firdaus@Frank Theodorus Van De Ven akan dikenakan tindakan kerana gagal mematuhi perintah mahkamah untuk menyerahkan anak lelaki mereka yang berumur lima tahun kepadanya.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad membuat keputusan itu setelah Peguam Syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Elis Syuhaila, 34, memfailkan hujahan bertulis berhubung permohonannya untuk menghantar Firdaus ke penjara kerana gagal menyerahkan Ferris Mokhtar Van De Ven, 5, kepada anak guamnya.

Dalam hujahan bertulisnya, Elis Syuhaila antara lain mendakwa Firdaus masih gagal mematuhi perintah mahkamah itu dan seterusnya menyebabkan beliau hidup tertekan dan penuh kebimbangan terhadap keselamatan dan kebajikan anak berkenaan.

"Malah tindakan responden (Firdaus) telah mendatangkan kezaliman kepada pemohon (Elis Syuhaila) kerana hak pemohon untuk mendapatkan kasih sayang daripada anak tersebut telah dinafikan oleh responden," katanya.

Sebelum ini, Firdaus, 40, warganegara Belanda, telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan Ferris apabila dia dan Elis Syuhaila dalam proses untuk bercerai selepas mendirikan rumah tangga pada 2001.

Pada awal Februari tahun lepas, Abu Zaky memerintahkan supaya Ferris, dijaga secara bergilir-gilir oleh Elis Syuhaila dan Firdaus sebelum hak penjagaan kekal anak itu diputuskan oleh mahkamah.

Bagaimanapun, pada 25 Mac tahun lepas, mahkamah dimaklumkan bahawa Firdaus mengingkari perintah mahkamah selepas tidak menyerahkan semula Ferris kepada Elis Syuhaila.

Berikutan itu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Firdaus dan meminta kerjasama Jabatan Imigresen, Interpol dan pihak berkuasa lain supaya Firdaus ditahan dan dilarang keluar dari Malaysia.

Lelaki itu bagaimanapun bertindak meninggalkan Malaysia dengan membawa bersama Ferris ke Belgium melalui Rantau Panjang, Kelantan pada 5 Mac tahun lepas.

Pada 10 November tahun lepas, mahkamah yang sama memutuskan bahawa hak penjagaan kekal diserahkan kepada Elis Syuhaila dan memberi Firdaus hak melawat Ferris di rumah Elis Syuhaila di bawah pengawasan wanita itu serta mengeluarkan perintah kepada Wisma Putra untuk menjejaki Ferris dan membawa pulang anak itu ke negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan