Hasil Analisis DNA Atas Cadar Padan Dengan Darah Muntik

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa profil Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh daripada kesan darah pada sehelai cadar adalah berpadanan dengan profil DNA darah pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani yang meninggal dunia akibat didera, Oktober tahun lepas.

Ahli Kimia, P. Revathi, 30, berkata, beliau memperoleh keputusan itu melalui teknik Polymerase Chain Reaction-Short Tandem Repeat (PCR-STR) yang merupakan teknik utama digunakan oleh makmal DNA serata dunia dan mematuhi garis panduan antarabangsa.

"Hasil daripada perbandingan, saya dapati bahawa profil DNA wanita yang diperoleh daripada cadar adalah berpadanan dengan profil DNA yang diperoleh daripada spesimen darah berlabel 'Mulkuty@Muntik Hani', maka menunjukkan bahawa DNA yang dikenal pasti berasal daripada sumber yang sama," katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokthar pada perbicaraan kes penjual air tebu, A. Murugan yang didakwa membunuh Muntik, 40.

Tertuduh, 35, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di No.11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, Klang, antara 18 dan 20 Oktober tahun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Muntik, yang berasal dari Surabaya, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, pada 26 Oktober lalu setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan.

Revathi, yang merupakan saksi ke-33 pendakwaan berkata, beliau turut menjalankan analisis ke atas dua calitan yang mempunyai kesan darah tetapi profil DNA yang diperoleh daripada kesan darah itu adalah lemah dan tidak sesuai untuk perbandingan berikutan kandungan DNA yang rendah dalam sampel itu.

"Hasil analisis yang dijalankan ke atas lapan helai rambut dan satu lagi swab (calitan) yang mempunyai kesan darah bagaimanapun tidak menemui profil DNA kerana mungkin tiada DNA terkandung dalam sampel itu ataupun DNA yang terkandung adalah terlalu rendah sehingga tidak memberi apa-apa keputusan," katanya.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Juruanalisis Tempat Kejadian Jenayah, Asisten Supritendan Zainol Hisham Abu yang merupakan saksi ke-25 pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa beliau dan pasukannya mengambil beberapa barang kes termasuk gumpalan rambut dan kesan darah yang ditemui di dalam tandas rumah tertuduh di mana Muntik ditemui serta cadar dari rumah bekas majikan Muntik, Puah Hooi Sueew di No. 2, Jalan Datuk Shahbudin 5, Taman Sentosa.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa bersambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan