Ahli Perniagaan Bergelar Datuk Dipenjara, Denda RM1.3 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan seorang remisier didenda masing-masing RM1.3 juta dan RM1 juta, serta dijatuhi hukuman penjara, kerana memanipulasi pasaran saham sehingga melonjakkan harga saham bagi sebuah syarikat hartanah.

Datuk Chin Chan Leo, 57, dijatuhi hukuman penjara sehari, dan denda RM1.3 juta atau penjara 13 bulan bagi kesalahan itu, namun Hakim Mahkamah Sesyen, S.M Komathy Suppiah membenarkan ahli perniagaan itu membayar denda tersebut secara berperingkat sebanyak 10 kali bermula hari ini.

Bekas remisier Avenue Securities Sdn Bhd, Hiew Yoke Lan, 48, yang dituduh bersubahat dengan Chin melakukan kesalahan sama pula didenda RM1 juta atau 10 bulan penjara, dan dibenarkan membayar denda secara berperingkat.

Kedua-dua mereka mengaku bersalah atas tuduhan memperdagangkan dengan aktif saham Fountain View Development Berhad dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (sekarang dikenali Bursa Malaysia Sekuriti Berhad), yang mana mereka secara tidak langsung ada kaitan dengan transaksi-transaksi penjualan dan pembelian saham Fountain View Development Berhad melalui akaun-akaun sistem depositori pusat.

Chin melakukan kesalahan itu di Bursa Saham Kuala Lumpur, Tingkat 14, Exchange Square, Bukit Kewangan, di sini manakala Hiew pula di Avenue Securities Sdn Bhd, Tingkat Bawah, THB Satu, Jalan Damansara Endah, Damansara Heights.

Kedua-dua mereka dituduh melakukan kesalahan itu di tempat berkenaan pada 18 November 2003 dan 20 Januari 2004.

Ketika membuat rayuan bagi pihak kedua-dua tertuduh, Peguam Datuk Y. Sivaloganathan memohon mahkamah mengenakan jumlah denda yang rendah kerana kedua-dua anak guamnya tidak mendapat sebarang keuntungan daripada pertuduhan tersebut.

Sivaloganathan berkata, Chin mengalami masalah kewangan dan bakal menghadapi perintah muflis sekiranya kalah dalam lima kes tuntutan dari pelbagai pihak melibatkan RM65juta, manakala Hiew pula diisytihar muflis dan mengidap penyakit kanser.

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Sekuriti, Shanti Geoffrey memohon hukuman berat dikenakan dengan mengambil kira kesan dari tindakan kedua-dua tertuduh terhadap pasaran saham.

Katanya, kejadian itu melemahkan kepercayaan orang ramai untuk terus melabur dan ia menjejaskan ekonomi negara.

Kedua-dua tertuduh mula dihadapkan ke mahkamah pada 27 Jun 2005 dan perbicaraan kes itu beberapa kali ditunda berikutan terdapat permohonan dari pihak pembelaan untuk meminda pertuduhan.

Hari ini ditetapkan untuk sebutan tetapi keduanya memutuskan untuk menukar pengakuan kepada bersalah. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan