Penyelenggara Gudang Didakwa Pecah Amanah

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang penyelenggara gudang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan melakukan pecah amanah ke atas 6,225 karton rokok di Zon Bebas Cukai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, November tahun lepas.

Ahmad Sofean Zainuddin, 30, dari Seksyen 19 di sini, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Tertuduh didakwa sebagai penyelenggara gudang iaitu Pegawai Kanan Operasi di Mas Golden Boutique Sdn Bhd, Lot B1, Kargo Forwarding Building, Zon Bebas Cukai KLIA, melakukan pecah amanah iaitu dengan sengaja membenarkan Abdul Hadi Bulin, 42, membawa sejumlah 3,125 karton rokok Dunhill Lights dan 3,100 karton rokok Benson & Hedges keluar dari zon berkenaan kira-kira pukul 5.30 petang pada 27 November tahun lepas.

Ahmad Sofean didakwa mengikut Seksyen 407 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Mat Ghani membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM8,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 15 Mac ini untuk sebutan melantik peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan