Wanita Dan Anak Dituduh Bunuh Pembantu Rumah - Berita Mahkamah | mStar

Wanita Dan Anak Dituduh Bunuh Pembantu Rumah

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang wanita anak lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana dituduh membunuh pembantu rumah mereka, seorang warganegara Indonesia di Taman Peringgit Jaya di sini pada 21 Januari lepas.

K. Letchmy, 55, seorang pengusaha kantin di sebuah kolej perubatan di sini dan anak lelakinya, K.Kannan, 26, pelajar sebuah universiti di Australia dalam jurusan masakan, didakwa telah menyebabkan kematian Nurul Afidah M Nur, 31, berasal dari Bokak, Indonesia, pada 5.30 pagi.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Ssksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Letchmy, yang berpakaian sari, dan Kannan yang memakai kemeja-T, masing-masing kelihatan tenang semasa pertuduhan dibaca dalam bahasa Tamil dan mengangguk faham.

Tiada pengakuan dicatatkan daripada kedua-duanya yang diwakili peguambela, Shashi M.Kannan.

Majistret Muhanmmad Faizal Ismail menetapkan 6 April ini sebagai tarikh sebutan kes untuk pihak pendakwaan melengkapkan laporan kimia dan bedah siasat.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haslinda Abu Bakar. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan