Pekerja Pendawaian Dipenjara Lima Tahun Kerana Miliki 3,000 Pil Ecstacy

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pekerja pendawaian dijatuhi hukuman penjara maksimum lima tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan memiliki 3,000 biji pil ecstacy (Ketamin) seberat 304.7 gram, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa memerintahkan tertuduh, Kaw Wei Sen, 36, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 19 Nov 2008.

Dalam penghakimannya, Mohd Yazid berkata dalam menjatuhkan hukuman, tidak dinafikan faktor kepentingan awam ialah faktor utama yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah.

Beliau juga bersetuju dengan hujah pendakwaan bahawa fakta kes juga perlu diambil kira dalam menjatuhkan hukuman kerana tertuduh ditangkap melalui agen penyamaran iaitu anggota polis yang menyamar membeli pil-pil tersebut dengan harga RM39,000.

"Jika dilihat daripada gambar, pil-pil tersebut telah dibungkus dan disusun dengan rapi untuk tujuan diperedarkan. Tertuduh amat bernasib baik kerana dikemukakan dengan tuduhan pilihan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun.

"Faktor bahawa tertuduh mempunyai isteri dan anak ialah faktor yang tidak boleh dipertimbangkan dalam peringanan hukuman kerana saya dapati tertuduh berumur 36 tahun, sudah matang dan amat waras untuk berfikir.

"Faktor ketamakan untuk dapatkan wang dengan cepat mengatasi pemikiran yang matang dan justeru mahkamah berpendapat hukuman penjara maksimum lima tahun wajar dijatuhkan ke atas tertuduh, " katanya.

Kaw didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Disco Coco Banana, Sunway Pyramid, Petaling Jaya, kira-kira pukul 11.15 pagi pada 19 Nov 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 12 (3) Akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengedar mengikut Seksyen 39B Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dia bagaimanapun menukar pengakuan kepada bersalah selepas pendakwaan mengemukakan pertuduhan pilihan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail mengendalikan pendakwaan sementara Kaw diwakili peguam J.Kuldeep Kumar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan