Kes Saman Cuai Terhadap Amy Search Ditangguh 11 Mac

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman cuai seorang kanak-kanak yang melecur terkena tom yam panas terhadap penyanyi Amy Search di Mahkamah Sesyen di sini ditangguhkan ke 11 Mac ini.

Peguam Shahrul Azim Azmi, yang mewakili penyanyi itu memberitahu pemberita di luar mahkamah, bahawa perbicaraan hari ini ditangguhkan kerana Hakim Sabariah Othman yang sepatutnya mendengar kes itu sedang menghadiri seminar di Melaka.

Pada 24 Sept 2008, Nik Zahir Nik Mohd Idris memfailkan saman bagi pihak anaknya Nik Muhammad Zakwan, 4 tahun, kerana mendakwa pekerja Restoran Cheng Ho milik Amy di Wangsa Maju, cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badan anaknya melecur.

Dalam saman itu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 51, sebagai pemilik restoran Cheng Ho di mana kejadian itu berlaku, telah dinamakan sebagai defendan.

Pada 30 Jan tahun lalu, Hakim Sabariah membenarkan permohonan Amy untuk membatalkan saman dan pernyataan tuntutan plaintif.

Bagaimanapun keputusan itu diketepikan oleh Mahkamah Tinggi 26 Okt lalu yang kemudian mengarahkan supaya kes itu didengar semula di Mahkamah Sesyen. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan