Kes Liwat Libatkan Anwar Bermula Petang Ini

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dijalankan petang ini, kata peguam utamanya Karpal Singh.

Bercakap kepada pemberita selepas menemui Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff di sini pagi ini, beliau berkata Alauddin akan menetapkan minggu ini satu tarikh bagi satu semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak pendakwaan bagi tujuan pembelaannya.

Pagi semalam, pasukan pembelaan Anwar mengemukakan permohonan agar keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibaut pada 29 Jan lepas itu, disemak semula.

Karpal Singh juga berkata pihak pembelaan akan memfailkan usul menangguhkan perbicaraan liwat itu di Mahkamah Rayuan esok sementara menunggu mahkamah yang sama mendengar permohonan rayuan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwat itu.

"Pada masa ini perbicaraan akan diteruskan, dan pada pertengahannya ia mungkin ditangguhkan, terutamanya jika mahkamah memberikan pihak kami satu tarikh menjelang Jumaat ini.

"Kami mahu semua perkara yang tertangguh diselesaikan bagi membolehkan perbicaraan berlangsung dengan lancar pada akhirnya.

"Melihat kepada kedudukan sekarang, saya rasa kita harus lakukan apa yang perlu dan meneruskannya," kata Karpal.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang diberitahu mengenai permohonan semakan semula itu, menetapkan agar perbicaraan bermula pada 2.30 petang ini setelah menolak permohonan Anwar supaya ianya ditangguh.

Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 20 penjara dan sebat, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan