Bekas Ketua Pembantu Tadbir Kewangan JAIS Dipenjara Sehari

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bekas ketua pembantu tadbir kewangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan mengambil bahagian dalam perniagaan, empat tahun lepas.

Hakim Mat Ghani Abdullah turut memerintahkan Raja Nor Hisham Raja Hizat, 54, dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Raja Nor Hisham, yang sepatutnya dibicarakan, bermula hari ini bagaimanapun menukar pengakuannya kepada bersalah. Wanita itu mengaku bersalah terhadap dua tuduhan mengambil bahagian dalam perniagaan sebagai rakan kongsi syarikat Warisan NDE Enterprise yang membekalkan peralatan pejabat kepada JAIS.

Raja Nor Hisham yang mempunyai kepentingan sebagai pemilik bersama perniagaan itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan di Unit Kewangan JAIS di sini, pada 20 Sept dan 6 Oktober 2006.

Kedua-dua tuduhan mengikut Seksyen 168 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zainal Ayob daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sementara Raja Nor Hisham diwakili peguam M. Reza Hassan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan