Mahkamah Rayuan Masih Menunggu Laporan Bertulis Mahkamah Tinggi

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan bahawa Mahkamah Rayuan Putrajaya masih menunggu laporan bertulis penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi mengenai rayuan suruhanjaya itu terhadap kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh.

Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata selepas Mahkamah Rayuan menerima laporan bertulis penghakiman oleh Mahkamah Tinggi kelak, barulah Mahkamah Rayuan akan mendengar kes rayuan SPR itu. "Mahkamah Rayuan masih sedang menunggu laporan kes Mahkamah Tinggi, setelah itu barulah Mahkamah Rayuan memutuskan bilakah kes rayuan akan didengar," kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, laporan media yang memetik SPR kini sedang menunggu keputusan Mahkamah Rayuan setelah panel hakim meneliti laporan bertulis penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi adalah kurang tepat.

Pada 23 November lepas, Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, telah menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah terdahulu yang dibuat beliau di Mahkamah Tinggi pada 16 Nov apabila beliau mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan Abu Hassan bukan lagi ADUN.

Beliau juga telah mengarahkan SPR mengeluarkan writ bagi mengadakan pilihan raya kecil.

Bagaimanapun SPR kemudiannya membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan