Bekas Ahli MPPP Fail Saman Fitnah RM10 Juta

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah menfailkan saman sebanyak RM10 juta terhadap Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun hari ini kerana memfitnahnya dengan niat jahat termasuk mendakwanya ekstremis Islam.

Mohd Razali Abdullah yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan saman melalui peguamnya, Abdul Fareed Abdul Gafoor di Mahkamah Tinggi di sini.

Pernyataan tuntutan itu menjelaskan, Jeff yang juga Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri membuat kenyataan seumpama itu mengenai plaintif secara berulang dan disiarkan dalam surat khabar tempatan, laman web dan portal internet.

Menurut pernyataan tuntutan dalam writ saman itu, perkataan yang dikeluarkan itu adalah tidak berasas dan difahamkan sebagai membawa makna seperti fitnah dan berniat jahat dan dinyatakan secara sindiran.

Mohd Razali berkata, tindakan saman itu dibuat selepas Jeff masih enggan membuat permohonan maaf walaupun telah diberikan tempoh yang agak lama.

Sementara itu, Ooi berkata, beliau menerima apa saja tindakan yang diambil Razali terhadapnya dan semuanya akan diuruskan oleh peguamnya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan