Tiga Mengaku Tidak Bersalah Membakar Gereja

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga orang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam berhubung kes membakar gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati pada 7 Januari lalu.

Adik beradik, Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan Raja Muhammad Idzham Raja Ibrahim, 22, serta kenalan mereka, Azuwan Shah Ahmad, 23, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mereka yang kesemuanya bekerja sebagai penghantar surat dan tidak diwakili peguam dituduh di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan di bawah Seksyen 34 kanun yang sama.

Mereka berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta boleh didenda jika disabitkan kesalahan.

Mereka dituduh bersama-sama beberapa orang yang masih bebas pada 7 Januari 2010 lalu, kira-kira pukul 11:50 malam di No. 28, Jalan 4/4C, Desa Melawati, Wangsa Maju di dalam daerah Sentul, Kuala Lumpur telah dengan niat melakukan khianat bertujuan menyebabkan kebinasaan kepada tempat tersebut.

Raja Muhammad Faizal dan adiknya kelihatan melecur di beberapa bahagian badan mereka.

Timbalan Pendakwa Raya dalam kes ini ialah Anselm Charles Fernandez, Yaacub Chik dan Lee Keng Fatt.

Hakim S. M. Komathy Suppiah menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 setiap orang, iaitu RM10,000 dideposit di mahkamah serta RM10,000 bon dengan seorang penjamin.

Beliau juga memberikan tempoh sebulan kepada mereka untuk mendapatkan khidmat guaman.

Mengikut fakta kes, adik beradik, Raja Muhammad Faizal dan Raja Muhammad Idzham ditahan pada 19 Jan lalu manakala Azuwan Shah, sehari kemudian.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan