Pereka Grafik Didakwa Hina Sultan Johor

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Penulis blog berusia 29 tahun semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail di dalam blog adukataruna.blogspot.com.

Tertuduh, Khairulizam Abdul Ghani, yang bekerja sebagai pereka grafik membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zambri Bakar.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

Khairulnizam kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan kepadanya semalam.

Mengikut fakta kes, tertuduh melakukan kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat yang mempunyai elemen menghina Almarhum Sultan Johor menggunakan laman blog itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara pukul 7.25 malam hingga 9.05 malam di No. 297 Rumah Rakyat Panchor di sini pada 22 Januari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud memohon kepada mahkamah supaya mengenakan ikat jamin sebanyak Rm10,000 kepada tertuduh.

Menurutnya, ikat jamin tersebut setimpal dengan mengambil kira kes tersebut adalah serius.

Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Mohd Radzlan Jalaludin memohon kepada mahkamah supaya jaminan itu dikurangkan atas alasan tertuduh tidak mampu menyediakan wang tersebut dalam masa singkat.

"Dia baru sahaja berkahwin sebulan lalu, dan kenduri akan dilakukan esok (hari ini). Pihak keluarga hanya mampu menyediakan wang sebanyak RM5,000," katanya.

Zambri menegaskan bahawa pihak mahkamah memandang serius terhadap kes tersebut kerana ia jelas menghina kerajaan yang mempunyai institusi kesultanan yang unik dan stabil.

Bagaimanapun, beliau bersetuju menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 setelah menimbang faktor tertuduh akan melangsungkan perkahwinannya.

Kes tersebut akan disebut semula pada 31 Mac depan.

Khairulnizam telah menyerah diri kepada pihak polis pada selasa lalu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan