Mat Rempit Dijatuhi Hukuman Penjara Dua Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang 'Mat Rempit' dikenakan hukuman penjara dua tahun dan didenda sebanyak RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari selepas didapati bersalah terbabit dalam kegiatan lumba haram di sini, hampir empat tahun lalu.

Majistret Mohd Aizuddin Zolkefly menjatuhkan hukuman itu terhadap Saiful Irwan Rubu, 23, seorang buruh binaan, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah atas pertuduhan itu.

Tertuduh, dari Taman Desa Permai, Jalan Pantai, Port Dickson, didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM15,000.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa terlibat dengan aktviti lumba motosikal haram dari lampu isyarat, Taman Mentari Heights hingga lampu isyarat Taman Seri Pagi, di sini, pada pukul 6.35 petang, 12 Feb 2006.

Peguambela tertuduh, Bakhtiar Hamdam, memohon mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dijalankan Cif Insp. M. Shanmugavel. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan