Lelaki Warga India Ke Tali Gantung Edar 25,000 Gram Ketamin

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang lelaki rakyat India dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis ketamin seberat 25,000 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu setelah berpuas hati pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap Athiseshan Singaram, 48, melampaui keraguan yang munasabah.

Dalam penghakimannya, Mohd Yazid berkata beliau mendapati pembelaan tertuduh adalah semata-mata penafian dan keterangan saksi-saksi pendakwaan jelas menunjukkan tertuduh sentiasa memegang beg mengandungi dadah itu serta mengetahui isi kandungan beg berkenaan pada setiap masa.

"Justeru, mahkamah dapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan mahkamah dapati tertuduh bersalah. Oleh itu, tertuduh dijatuhi hukuman gantung sampai mati," katanya.

Athiseshan didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter pemeriksaan Kastam D, Unit Khas Pemeriksaan Penumpang 1, Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Utama, KLIA, kira-kira pukul 3.30 petang, 26 Julai 2008.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39 B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39 (B)(2) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Sepanjang perbicaraan, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Kastam Diraja Malaysia, Azamuddin Abd Aziz memanggil 10 saksi sementara pembelaan yang diwakili peguam James George mengemukakan seorang saksi. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan