Timbalan Pengarah Perpustakaan Negara Diperintah Bela Diri Terima Suapan

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Perpustakaan Negara yang sebelum ini dibebaskan dan dilepaskan daripada dua tuduhan menerima suapan daripada syarikat pembekalan cenderamata di mana suaminya mempunyai kepentingan, hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini untuk membela diri terhadap kedua-dua kesalahan yang dilakukan pada 2004.

Hakim Datuk Ghazali Cha berkata, hakim Mahkamah Sesyen telah tersalah arah dalam membuat keputusan di akhir kes pendakwaan terhadap Siti Aishah Sheikh Abdul Kadir, pada 27 Mei tahun lalu.

Beliau berkata, setelah meneliti kesemua rekod rayuan yang dikemukakan oleh pihak perayu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mahkamah mendapati terdapat keterangan kukuh untuk memanggil responden untuk membela diri.

Mengenai isu bahawa pihak pendakwaan telah gagal memanggil beberapa saksi sepertimana yang ditimbulkan oleh pihak responden yang diwakili Peguam Mohd Fozi Mohd Zin, Hakim Ghazali berkata, undang-undang memberikan kuasa sepenuhnya kepada pihak pendakwaan dalam menggunakan budi bicaranya dalam menentukan siapakah yang harus dipanggil sebagai saksi kes pendakwaan.

"Dengan ini mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh dan beliau perlu membuat pembelaan di hadapan Mahkamah Sesyen yang sama pada satu tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah itu nanti," katanya.

Siti Aishah, 50, didakwa sebagai pegawai badan awam iaitu di Bahagian Gerakan Literasi Maklumat telah menggunakan jawatannya dalam mendapatkan suapan apabila membuat membuat keputusan memilih SJI resources Sdn Bhd dalam membekalkan cenderamata bernilai RM18,800 dan RM43,750 kepada perpustakaan itu.

Mengikut kedua-dua pertuduhan itu, suami Siti Aishah, M. Isa Halihan adalah pemilik syarikat tersebut.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di Perpustakaan Negara, Tingkat 17, Menara TH Selborn, Jalan Tun Razak pada 26 April 2004.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Mohd Asnawi Abu Hanipah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan