Nirmala Bonat Saman Bekas Majikan Kerana Mendera

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembantu rumah warga Indonesia, Nirmala Bonat, hari ini menyaman bekas majikannya kerana mendera dan mencederakannya dengan seterika dan air panas enam tahun lalu. Nirmala, 26, memfailkan saman dan tuntutan itu melalui peguamnya M.Kavimani, di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, pada 11 pagi tadi.

Nirmala, yang tidak hadir ke mahkamah, menamakan Yim Pek Ha dan suami bekas majikannya itu, Hii Ik Ting, sebagai defendan.

Dalam tuntutannya itu, Nirmala berkata dia diambil bekerja sebagai pembantu rumah kepada pasangan itu, yang tinggal di Villa Putera, Jalan Tun Dr Ismail di sini, pada September 2003.

Nirmala berkata semasa bekerja di rumah majikannya itu, dia telah didera dan dicederakan beberapa kali oleh Yim, antaranya dengan menggunakan seterika panas yang dilekapkan pada badannya pada Januari 2004.

Katanya pada Mac 2004, defendan pertama telah menyimbah air panas ke badannya mengakibatkan dia mengalami kecederaan teruk dan parut-parut yang kekal di kulit.

Nirmala juga mendakwa telah dipukul dan diketuk oleh Yim dengan cawan besi di bahagian dahinya beberapa kali sebelum dia melarikan diri ke bilik pengawal dan melaporkannya kepada pihak polis.

Wanita Indonesia itu mendakwa bahawa Hii pula telah gagal menghalang isterinya daripada mencederakannya serta gagal memberikan rawatan perubatan yang sewajarnya kepada beliau.

Nirmala menuntut ganti rugi am bagi kesakitan dan penderitaan yang dialaminya serta ganti rugi khas lebih RM40,000 bagi kehilangan pendapatan, perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan lain yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.

Yim, 41, bekas pramugari, telah dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 27 November, 2008 setelah didapati bersalah terhadap tiga tuduhan mencederakan Nirmala. Hukuman penjara terhadap ibu kepada empat anak berusia empat hingga 11 tahun itu bagaimanapun dikurangkan kepada 12 tahun setelah Mahkamah Tinggi menerima rayuannya pada 3 Disember tahun lalu.

Mahkamah juga membenarkan Yim menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan