Lans Koperal Dipenjara Tiga Bulan, Denda RM12,000 Terima Suapan RM190

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Gara-gara menerima rasuah RM190 daripada seorang lelaki warganegara Indonesia, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM12,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah melakukan kesalahan itu, lima tahun lepas.

Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati tertuduh, Shaharazman Mazlan, 39, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Shaharazman didapati bersalah menerima suapan wang tunai RM190 daripada Halili Hadari sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pekerja-pekerja warganegara Indonesia di syarikat HMJ Enterprise yang tidak mempunyai permit kerja yang bekerja di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah teksi di tepi jalan antara bangunan stor dan bangunan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Shah Alam di sini, kira-kira pukul 3.50 petang, 5 Oktober 2005.

Shaharazman didakwa mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dihukum mengikut Seksyen 16 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Sepanjang perbicaraan, seramai 18 saksi pendakwaan hadir memberi keterangan sementara pihak pembelaan mengemukakan seorang saksi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Yusliza Mohd Yusof sementara tertuduh diwakili Peguam Aminuddin Mohd Ramli. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan