Mahkamah Benar Mastura Cerai Fasakh

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah, di sini hari ini membenarkan tuntutan cerai fasakh antara Mastura Bakar dengan ahli perniagaan, Datuk Muhamad Mustafa Idrus setelah meneliti bukti dan keterangan yang diberikan.

Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin memutuskan cerai tersebut akan berkuatkuasa hari ini setelah Datuk Muhamad Mustaffa gagal hadir ke mahkamah walaupun telah diberi peluang terakhir.

Dalam pada itu, Mohd Yunus menganggap Mustafa tidak berminat untuk membuat pembelaan kerana tidak pernah hadir pada setiap prosiding yang berlangsung.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Mastura melahirkan rasa bersyukur dan gembira dengan keputusan penceraian tersebut.

"Saya tak tahu nak cakap apa, perasaan bercampur baur, sedih, gembira dan terkejut. Namun saya lega dan bersyukur dengan keputusan tersebut," ujarnya yang kini telah bekerja di Cheras.

Menurutnya lagi, berkenaan hak penjagaan anak (khadanah) dan harta sepencarian akan diselesaikan secara baik dengan bekas suaminya itu.

"Saya akan buat tuntutan khadanah dan harta sepencarian, kalau boleh biarlah dapat diselesaikan secara baik kerana saya tidak mahu membabitkan mahkamah lagi," katanya.

Ketika ditanya tentang saman yang ingin dikemukakan oleh bekas madunya Noraniza Idris baru-baru ini, Mastura memberitahu bahawa dia bersedia jika penyanyi tersebut ingin meneruskan hasratnya.

"Saya sebut nama dia sebab hakim suruh bukan kerana saja ingin mengaitkan dia dalam perkara ini, kalau nak saman, samanlah saya tidak kisah," ujar ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Mastura, 24, sebelum ini mengemukakan tuntutan fasakh di bawah Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) terhadap Mustafa, 54, seorang ahli perniagaan. Tuntutannya itu difailkan pada April tahun lalu.

Pada 5 Januari lalu, Mastura mendakwa Mustafa pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka, tidak adil dalam berpoligami dan banyak berfoya-foya.

Mohamad Mustaffa sebelum ini sudah berkahwin dengan dua wanita termasuk warga Indonesia dan mempunyai tiga lagi bekas isteri yang sudah bercerai iaitu Noraniza Idris, Norazni Arifin dan Rosadah Abu Bakar

Dia juga mengaku merupakan isteri keempat kepada ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor itu.

Namun, wanita itu hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka.

Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2005 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan