Lapan Nelayan Vietnam Dipenjara Lima Bulan

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Lapan nelayan Vietnam hari ini didenda RM400,000 atau penjara selama lima bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu setelah didapati bersalah menceroboh perairan negara pada 13 Januari lepas.

Kesemua mereka yang berumur antara 18 hingga 32 tahun mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.

Mereka bagaimanapun dihantar ke Depoh Tahanan Ajil kerana tidak mampu untuk membayar denda terbabit untuk menjalani hukuman penjara.

Pertuduhan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Perikanan, Mustafai Sulong.

Empat lagi awak-awak dan seorang tekong di bawah umur yang berumur antara 9 hingga 17 tahun diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang.

Kesemua mereka ditahan ketika berada kira-kira 73 nautika dari pantai Kuala Terengganu kira-kira jam 6.31 pagi, 13 Jan lepas ketika sedang mencandat sotong.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 atas kesalahan menangkap ikan dalam perairan perikanan Malaysia tanpa permit yang sah dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(a) akta yang sama. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan