Kes Tuntuan Mutaah RM5 Juta Kadar Shah Ditangguh Ke 8 Mac

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Status penyelesaian kes tuntutan mutaah berjumlah RM5 juta oleh bekas isteri Datuk Kadar Shah Sulaiman Ninam Shah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini ditangguhkan ke 8 Mac depan.

Perkara tersebut diputuskan oleh Hakim Syarie, Mohd Shukor Sabudin.

Peguam Syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili plaintif, Datin Fauziah Haron, 53, berkata, keputusan itu dipersetujui oleh kedua-dua pihak untuk memberi lebih masa bagi mendapatkan penyelesaian terbaik.

"Kami mohon untuk ditangguhkan kes ini untuk tempoh sebulan lagi. Kami masih dalam perbincangan dan jika sudah selesai nanti, kita akan buat satu perjanjian," kata Kamar.

Turut mewakili Fauziah dalam kes ini ialah Peguam Dorina Abdullah.

Pada prosiding lalu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mencari penyelesaian di luar mahkamah. Namun, ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Muar itu tidak hadir pada dua prosiding yang berlangsung pada 5 dan 30 November tahun lepas kerana berada di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Beliau enggan hadir kerana bimbang keselamatan dirinya terancam ekoran kejadian pecah masuk kediamannya oleh pencuri sehingga menyebabkan pembantu rumahnya dirogol pada 21 Jun tahun lalu.

Kadar Shah bagaimanapun tampil di Mahkamah Rayuan pada hari ini ditemani Peguam Syarie, Sulaiman Abdullah dan Puteri Aimee untuk mendengar permohonan bantahannya terhadap tuntutan nafkah mutaah itu. Mahkamah bagaimanapun menangguhkan keputusan bantahan tersebut pada 24 Mac depan.

Beliau yang pada awalnya mengelak gambarnya dirakamkan oleh jurugambar akhirnya keluar dari kamar perbicaraan setelah 45 minit berada di dalam dan terus beredar meninggalkan mahkamah bersama dua orang pembantu.

Kadar Shah hanya mewakilkan peguam-peguamnya untuk prosiding tuntutan mutaah bekas isterinya di Mahkamah Tinggi Syariah, yang berlangsung selepas itu.

Menurut Sulaiman, Kadar Shah hari ini hadir ke mahkamah setelah mendapatkan pandangan daripadanya dan akan cuba untuk menyelesaikan perkara itu dengan cepat.

"Dalam sidang terdahulu, dia tiada niat untuk menghina mahkamah disebabkan tidak dapat hadir. Ketika itu dia berada di luar negara dan setelah saya memberitahu mahkamah memerlukan dia hadir, dia bersetuju.

"Kes permohonan hari ini juga sebenarnya adalah usaha untuk menyelesaikan kes tuntutan mutaah di Mahkamah Tinggi Syariah. Bagi kes permohonan ini, kami minta ditangguhkan supaya kedua-dua belah pihak dapat capai satu persetujuan," katanya.

Fauziah menuntut mutaah, wang idah berjumlah RM1.8 juta serta nafkah tertunggak dari November 2002 hingga November 2007 sebanyak RM600,000.

Beliau juga menuntut hutang sebanyak RM250,000 yang merupakan bayaran kereta seperti yang dijanjikan oleh bekas suaminya itu dan juga unit saham bernilai RM1.5 juta.

Selain itu, Fauziah turut menuntut harta sepencarian mereka termasuk kondominium di Genting Highlands, rumah di Bukit Jelutong, apartmen di Hawaii dan Los Angeles, Amerika Syarikat serta tiga buah kereta mewah iaitu Mercedes Benz, Porsche dan Ferrari.

Kadar Shah dan Fauziah berkahwin pada 20 Januari 1980 di Jakarta Timur, Indonesia. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Disebabkan perkahwinan tersebut telah lama berlalu, ia tidak dapat didaftarkan berikutan ketiadaan saksi dan dokumen yang dapat dikemukakan di mahkamah. Mereka bagaimanapun mengaku perkahwinan itu memang wujud.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan