Keputusan Mahkamah Adili Kes Pelucutan Tengku Fakhry Pada Jumaat

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini akan membuat keputusan sama ada mahkamah boleh menghakimi keputusan Pemangku Raja Kelantan menggugurkan Tengku Muhammad Fakhry Petra daripada senarai pewaris takhta Kelantan, pada Jumaat.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof akan memberikan keputusan sama ada mahkamah merupakan forum yang sesuai bagi mendengar dan menyemak kuasa prerogatif pemerintah.

Dalam perbicaraan hari ini, Hakim Mohamad Ariff meminta Tengku Muhammad Fakhry yang diwakili Peguam K. Shanmuga, untuk mengemukakan isu kebolehbicaraaan, sebelum permohonan boleh diberikan kepada beliau untuk menyemak keputusan Pemangku Raja Kelantan.

Tengku Muhammad Fakhry memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 7 Disember tahun lepas bagi mengetepikan keputusan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang membatalkan pelantikan beliau daripada menganggotai Majlis Perajaan Negeri Kelantan pada 16 September 2009.

Menurut Perkara 5 Perlembagaan Kelantan, majlis itu bertanggungjawab untuk menentukan bakal pengganti Sultan dan memastikan sama ada wujud kekosongan ekoran ketiadaan pemerintah negeri lebih dari setahun.

"Isu yang ada di hadapan saya ialah sama ada mahkamah merupakan forum yang sesuai untuk membuat keputusan tentang pewarisan atau apa-apa yang berkaitan Majlis Perajaan?

"Bolehkah pertikaian ini diadili dan diputuskan oleh mahkamah? Jika anda menyatakan boleh, apakah justifikasinya? soal Hakim Mohamad Ariff.

Peguam K. Shanmuga, yang mewakili Tengku Temenggong Kelantan, itu menjawab:

"Ia boleh diadili kerana ia membabitkan tafsiran Perlembagaan (Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan)."

"Kami tidak mencabar Majlis Perajaan, kami mempersoalkan sama ada peruntukan perlembagaan (Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan) telah dipatuhi dan kami berhujah tentang Pemangku Raja tidak mempunyai kuasa untuk mengubah atau meminda keanggotaan Majlis, yang ditubuhkan mengikut perlembagaan itu," katanya.

Peguam Datuk Cecil Abraham, yang mewakili Tengku Muhammad Faris Petra, berhujah bahawa perkara itu tidak boleh diadili dan mahkamah tidak boleh campur tangan.

Beliau berkata, istilah "Duli Yang Maha Mulia" dalam Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan meliputi Pemangku Raja dan sehubungan itu Pemangku Raja mempunyai budi bicara mutlak mengenai isu pembatalan keanggotaan majlis mengikut Perkara 7 Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan.

"Intipati kes ini membabitkan kes tentang pelaksanaan kuasa prerogatif kerabat diraja yang tidak boleh disemak. Proses membuat keputusan merupakan sesuatu Yang Arif tidak berhak untuk bertanya," kata Cecil.

Dalam permohonan semakan kehakiman, Tengku Muhammad Fakhry memohon satu perintah daripada mahkamah supaya Tengku Muhammad Faris Petra mengembalikan semula keanggotaan beliau dalam majlis berkenaan dan perintah certiorari bagi membatalkan pelantikan lima lagi anggota majlis itu.

Tengku Muhammad Fakhry, putera ketiga Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra, menamakan Pemangku Raja, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri Kelantan dan kerajaan Kelantan masing-masing sebagai responden pertama, kedua dan ketiga.

Lima lagi responden ialah Datuk Hashim Yusoff, Datuk Tengku Salwah Sultan Yahya Petra, Datuk Sukri Mohamed, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dan Kol Dr Mohammad Razin Kamarulzaman. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan