Permohonan Batal Saman Tengku Temenggong Didengar 25 Mac

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permohonan dua pegawai Istana Kelantan bagi membatalkan saman oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra kerana mendakwa beliau difitnah berhubung masalah perkahwinannya dengan wanita Indonesia, Manohara Odelia Pinot akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 25 Mac ini.

Permohonan Pegawai Tadbir (Pentadbiran) Pejabat Sultan Kelantan, Nik Mahmud Nik Jaafar, 32, dan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, 58, akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Zabariah Mohd Yusof.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nazri Ismail menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas kes itu disebut di hadapannya untuk pengurusan kes.

Nazri dijadual berjumpa kedua-dua pihak pada 15 Mac ini untuk pengurusan kes bagi membolehkan mereka memfailkan hujahan bertulis berkaitan permohonan itu.

Kedua-dua pegawai istana itu memohon membatalkan saman yang difailkan putera raja itu pada 10 Ogos 2009 kerana ia mengaibkan, remeh, menyusahkan, penyalahgunaan proses mahkamah dan saman itu juga tidak mendedahkan sebarang kausa tindakan yang munasabah.

Mereka berkata, Tengku Muhammad Fakhry dalam saman itu gagal mengaku dengan nyata keseluruhan kandungan artikel yang dikatakan memfitnah yang diterbitkan dalam media elektronik.

Tengku Muhammad Fakhry menyaman kedua-dua pegawai istana itu berhubung satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada 15 Jun 2009 mengenai masalah perkahwinan beliau dengan dan Manohara, seorang model dari Indonesia.

Beliau mendakwa kenyataan itu menggambarkan seolah-olah ayahandanya dan pejabat istana meminggirkan beliau dan seperti menggambarkan beliau bersalah mendera isterinya. Kedua-dua defendan dalam pernyataan pembelaan berkata kenyataan akhbar berhubung pertelingkahan antara Tengku Muhammad Fakhry dan Manohara yang dikeluarkan, adalah suatu 'keistimewaan yang melayakkan' kerana mereka sekadar bertindak mengikut tanggungjawab masing-masing dalam hal ehwal istana atas arahan Pemangku Raja Kelantan.

Kedua-dua pegawai itu mendakwa bahawa perkataan-perkataan dalam kenyataan itu bukan bermaksud untuk memperkecilkan Tengku Temenggong dalam kedudukan beliau sebagai anggota keluarga diraja Kelantan.

Mereka memberi alasan bahawa pergolakan dalam kehidupan Tengku Temenggong dan isterinya adalah perkara peribadi dan tiada kaitan dengan hal ehwal Pejabat Sultan Kelantan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan