Penulis Blog Hina Almarhum Sultan Johor Direman 4 Hari - Berita Mahkamah | mStar

Penulis Blog Hina Almarhum Sultan Johor Direman 4 Hari

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang penulis blog, yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor, ditahan reman selama empat hari.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Azrol Abdullah bagi membolehkan lelaki berusia 29 tahun itu disiasat oleh polis berhubung artikel di blognya 'adukataruna.blogspot.com.' baru-baru ini.

Suspek berkenaan, yang bekerja sebagai pereka grafik dan berasal dari Negeri Sembilan, dibawa ke mahkamah dengan kawalan ketat polis pada jam 9 pagi dan dilihat keluar dari mahkamah 10 minit kemudian.

Semalam, suspek, yang dikenali dalam blognya sebagai Aduka Taruna, telah menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada jam 4.40 petang.

Berikutan artikel itu, sekurang-kurangnya 25 laporan polis dibuat terhadap penulis itu dan kemudian penulis itu menyiarkan permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik artikelnya. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan