Injunksi Nafi Petra Perdana Rizab Tunai RM116 Juta

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usaha Petra Perdana Bhd untuk mendapatkan RM116 juta bagi membantu meringankan situasi tunainya tertangguh berikutan injunksi mahkanah untuk menghalangnya daripada menjual baki 29.59 peratus pegangannya dalam syarikat sekutu, Petra Energy Bhd.

Wang itu termasuk hasil daripada penjualan 5.38 peratusnya dan pembayaran semula oleh Petra Energy.

Ketua Pegawai Eksekutif Petra Perdana, Tengku Datuk Ibrahim Petra berkata, syarikat itu menetapkan 29 Januari untuk membatalkan injunksi berkenaan yang boleh membantu syarikat meneruskan jualan tersebut, dengan mengadakan mesyuarat agung luar biasa bagi mendapatkan kelulusan pemegang saham.

"Lewat petang ini, ia akan menghantar "representasi atau pekeliling kepada pemegang saham" di Bursa Malaysia, untuk menjelaskan, secara terperinci, isu-isu terdekat dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh mereka yang memfailkan injunksi itu," katanya dalam satu temu bual di sini, hari ini.

Injunksi itu difailkan oleh Pengarah Eksekutif Petra Perdana yang digantung, Shamsul Saad, bersama 10 pemegang saham lain, yang meminta mesyuarat agung luar biaa diadakan pada 4 Februari bagi menyingkirkan Tengku Ibrahim, Pengarah Eksekutif Datin Nariza Hajjar Hashim, serta pengarah bukan eksekutif bebas, Wong Fook Heng dan Tiong Young Kong, daripada Lembaga.

Tengku Ibrahim berkata, alasan mereka memilih untuk berpisah daripada Petra Energy pertamanya adalah untuk menangani aliran tunai terhad dan bersedia bagi menghadapi cabaran di masa depan, seperti yang dipersetujui oleh lembaga.

"Koh bersaudara dan Shamsul, menerangkan dengan jelas bahawa mereka bukan menentang penjualan saham Petra Energy, tetapi cara (di mana) ia dijual. Satu-satu-satunya perkara yang mereka berulang-ulang menegaskan ialah kami tidak melakukannya secara tender terbuka dan secara asas enbloc (keseluruhan)," katanya.

Tengku Ibrahim menjelaskan jualan keseluruhan akan mencetuskan tawaran awam mandatori bagi keseluruhan saham Petra Energy, yang tidak akan memberi prospek yang baik bagi firma itu kerana ia ketika ini adalah pemegang lesen dengan Petronas.

Petronas menuntut mana-mana syarikat yang mahu memegang lesennya perlu diambil alih oleh syarikat Bumiputera dengan pegangan kawalan dalam syarikat itu.

"Berapa banyak syarikat Bumiputra boleh membuat tawaran seperti itu pada masa seperti ini? Jika pengambilalihan itu daripada sebuah syarikat dengan kurang daripada 51 peratus pegangan Bumiputra, Petra Energy mungkin kehilangan lesen yang mana penting kepadanya," katanya.

Beliau berkata, meskipun Petra Perdana dinasihatkan oleh sebuah bank pelaburan agar tidak membuat tender terbuka dan sebaliknya menjual saham dalam sebahagian blok," kami bagaimanapun menasihatkan ejen tawaran untuk menjual keseluruhan 54.62 peratus blok saham. Ini dilakukan menerusi tender dengan jemputan."

Tengku Ibrahim juga berkata, sekiranya 54.62 peratus saham Petra Energy dijual pada kadar dilulus lembaga RM1.80 sesaham bersih, Petra Perdana boleh menjana RM191 juta.

Daripada itu, beliau memberi alasan mereka boleh mengurangkan pinjaman bank RM150 juta, meninggalkan lebihan tunai sebanyak RM41 juta.

Rizab tunai RM116 juta, gabungan daripada lebihan RM41 juta ditambah dengan RM62 juta pinjaman yang akan dibayar semula oleh Petra Energy dan RM13 juta jualan daripada 5.38 peratus saham sebelumnya, boleh digunakan untuk menangani aliran tunai terhad bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Sebaliknya katanya, injunksi itu bukan hanya memberi kesan kepada aliran tunai terhad tetapi juga persepsi pasaran terhadap syarikat yang berpotensi membawa kepada kadar faedah tinggi apabila mereka mahu mengumpulkan lebih banyak dana.

"Aliran tunai sangat terhad dan ia malahan lebih ketat sekarang. Ini kerana wang daripada jualan 25.03 peratus saham Petra Energy, ditambah 5.38 peratus saham yang dijual sebelumnya, ditempatkan dalam akaun eskrow."

"Kami hanya boleh menerima lebihan tunai apabila RM150 juta dilunaskan sepenuhnya. Institusi kewangan memegangnya sebagai cagaran. Kini kami terpaksa mengumpulkan dana menerusi kaedah lain yang terbukti lebih mahal dan juga boleh melewatkan banyak perkara," katanya.

Tengku Ibrahim berkata, seperti mana-mana pemegang saham lain, Petra Perdana hanya mendapat dividen sekitar RM2-3 juta daripada Petra Energy, meskipun dalam akaun, Petra Energy menyumbang kira-kira RM25 juta kepada Petra Perdana.

"Penjualan itu diwajarkan. Jika terdapat pemisahan, dengan semua penerimaan tunai kami bukan sahaja boleh membayar pinjaman tetapi juga menjimatkan wang yang telah digunakan untuk membayar faedah pinjaman setiap bulan. Setiap tahun, penjimatan dianggarkan RM13.5 juta.

"Berbanding RM13.5 juta hingga RM2-3 juta yang anda dapat setiap tahun, dalam fakta sebenar Petra Perdana hanya boleh dapat dividen RM2-3 juta setahun," katanya.

Tengku Ibrahim berkata, langkah itu akan menjadi situasi sama-sama menang bagi kedua-dua syarikat kerana Petra Perdana akan menumpukan kepada menyewakan kapal kepada komuniti minyak dan gas dan Petra Energy boleh menumpukan kepada perkhidmatan lapangan minyak dan gas lama bersepadunya.

"Mungkin terdapat sedikit kelemahan dalam keuntungan dalam tempoh jangka pendek, tetapi dalam tempoh jangka panjang, ia akan menjadi lebih baik bagi kedua-dua syarikat untuk berpisah," katanya.

Ditanya bagaimana harga saham Petra Energy akan menjadi adil sekiranya injunksi itu dibatalkan beliau berkata, ia akan menjadi positif sekiranya keseluruhan isu dijelaskan secara terperinci kepada pemegang saham.

"Jika mereka (pemegang saham) boleh melihat faedah, tiada sebarang kerugian kepada Petra Perdana. Mereka boleh melihat kedua-dua syarikat menumpukan kepada perniagaan antara satu sama lain dan ia akan lebih positif berbanding hari ini. Kami akan mendapat harga yang lebih baik," katanya.

Tengku Ibrahim berkata, sekiranya injunksi itu tidak diganggu dengan jualan saham, nilai saham pemegang saham minoriti akan dikekal atau dipertingkat kerana rizab tunai itu boleh menangani sebarang kekurangan sekarang ini.

"Tiada sebarang kerugian dalam nilai pemegangan saham mereka. Tetapi, injunksi dan rancangan untuk menyingkirkan kami telah menjadikannya satu pergolakan," kata Tengku Ibrahim. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan