Tukang Gunting warga Hong Kong Dipenjara Lima Tahun Miliki Ketamin

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang tukang gunting warga Hong Kong dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah memiliki dadah ketamin seberat 1,067 gram, lima tahun lepas.

Bagaimanapun, tertuduh, Tsui Chi Wa Joey, 46, dikira selesai menjalani hukuman penjara itu selepas Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap, 18 Feb 2005.

Tsui mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan memiliki dadah berbahaya itu di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pukul 7.50 malam, 18 Feb 2005.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh sebelum ini didakwa atas tuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B (1)(a) ADB yang boleh dihukum gantung sampai mati di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Asmabi berkata beliau menjatuhkan hukuman itu setelah mengambil kira faktor pengakuan tertuduh yang menjimatkan masa perbicaraan dan tertuduh tidak mempunyai kesalahan lampau.

Beliau berkata walaupun Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhairy Zakaria meminta mahkamah supaya menjatuhkan hukuman penjara dan denda ke atas Tsui sebagai peringatan kepada yang lain, beliau perlu mengambil kira Tsui sudah lama berada di dalam tahanan sejak 2005.

Terdahulu, Mohd Suhairy berkata hukuman berat perlu dikenakan ke atas Tsui sebagai amaran dan juga menjaga kepentingan awam memandangkan peningkatan aktiviti menyeludup masuk dadah melalui KLIA yang semakin berleluasa.

Salah seorang peguambela Tsui, W.P. Leong memberitahu pemberita di luar mahkamah, secara teknikalnya anak guamnya dibebaskan kerana hukuman dijatuhkan bermula daripada tarikh beliau ditangkap dan mengambil kira kelakuan baik tertuduh di penjara.

Bagaimanapun, beliau berkata anak guamnya ditahan buat sementara waktu bagi menguruskan passportnya yang telah tamat tempoh sebelum dihantar pulang ke negara asal. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan