Penganggur Dipenjara dan Denda Bawa Mercun Ke Stadium

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan dan denda RM2,000 terhadap seorang penganggur kerana memiliki mercun sewaktu menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super membabitkan Kelantan dan Johor FC di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini, Sabtu lalu.

Majistret Nik Habri Muhamad juga memerintahkan Mohd Zafizie Mohd Zawawi, 29, dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.

Sewaktu menjatuhkan hukuman, Nik Habri berkata tindakan Mohd Zafizie membawa mercun ke dalam stadium adalah suatu tindakan yang serius kerana boleh mengancam nyawa penonton dan juga boleh menyebabkan rusuhan.

"Ini satu perbuatan serius kerana stadium adalah tempat untuk bersukan dan bergembira dan bukannya tempat untuk melakukan keganasan.

"Hukuman yang saya jatuhkan ini boleh menjadi pengajaran kepada semua pihak dan setelah mahkamah mendengar rayuan kamu, kepentingan awam mengatasi segalanya," kata Nik Habri.

Tertuduh dari Masjid Kampung Pauh, Panji di sini, didakwa memiliki lima butir mercun bola di lorong pintu masuk J stadium tersebut oleh anggota polis yang menahannya pada pukul 9 malam.

Ketika diperiksa, kesemua mercun tersebut dibungkus dalam kertas putih ditemui dalam poket seluarnya.

Tertuduh yang dihadapkan ke mahkamah semalam, dalam rayuannya pada prosiding hari ini meminta hukuman diringankan dan telah insaf atas kesalahan tersebut.

"Ini kesalahan pertama saya dan saya mohon diringankan hukuman kerana tidak akan melakukan lagi perbuatan ini dan juga saya tidak bekerja," katanya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh bulan dan denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan kes itu dijalankan Pegawai Pendakwa ASP Mohd Riduan Phang Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semalam, selain Mohd Zafizie, seorang lagi tertuduh, juvana berumur 17 tahun, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret berasingan kerana memiliki dua butir mercun di stadium tersebut dan mahkamah menetapkan 10 Mac depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan