Mahkamah Tolak Permohonan Paderi Mohon Hakim Tarik Diri

Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hakim Mahkamah Sesyen Balqis Aini Ali memutuskan bahawa beliau akan terus mendengar perbicaraan kes penglibatan seorang paderi, Paulino Francesco Miranda dalam perhimpunan haram, dua tahun lalu.

Beliau menolak permohonan Miranda selepas berpuas hati dengan hujahan secara bertulis dan lisan yang dikemukakan peguam bela Francis Pereira dan Timbalan Pendakwa Raya Azizan Arshad.

Miranda, 45, yang diwakili Pereira, dalam permohonannya pada 11 November lalu memohon hakim lain untuk mendengar kesnya itu atas alasan Hakim Balqis Aini telah membuat dapatan kesalahan ketika memutuskan jaminannya.

"Isu yang cuba dibangkitkan hanya mengenai wang jaminan dan mahkamah turut bersetuju dengan hujahan pendakwaan yang menyatakan kekhuatiran akan berlaku sehingga menyebabkan Miranda tidak akan mendapat perbicaraan dengan adil adalah tidak relevan memandangkan kes itu pramatang iaitu masih dalam status sebutan dan saksi-saki belum memberikan apa-apa keterangan," kata Balqis Aini.

Balqis Aini berkata mahkamah berpendapat hakim yang akan mendengar kes ini juga tiada kepentingan wang atau hak dalam perkara yang berbangkit dalam prosiding ini. "Berdasarkan alasan itu, mahkamah menolak permohonan Miranda dan mahkamah memerintahkan kes ini akan dibicarakan di hadapan hakim yang sama," katanya.

Beliau kemudian menetapkan 2 Mac depan untuk sebutan kes bagi membolehkan Pereira berbincang dengan anak guamnya itu untuk mendapatkan tindakan selanjutnya.

Miranda, bersama 21 tertuduh yang lain termasuk tiga anggota Parlimen dari Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kim Wee, 37, Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, 51 dan Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Kampung Tunku, Lau Weng San, 31, menyertai perhimpunan haram di Laman MBPJ di hadapan Bangunan Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ), Jalan Yong Shook Lin, di sini, antara pukul 9.50 malam dan 10.10 malam, 9 November 2008.

Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 27(5)(a) dan Seksyen 27(4) Akta Polis 1967 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum mengikut Seksyen 27(8) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM10,000 dan penjara sehingga setahun bagi setiap pertuduhan, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan