Mahkamah Lepas Dan Bebas Ketua Juruwang Dari Tuduhan Menipu

Diterbitkan: Jumaat, 22 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan seorang ketua juruwang sebuah bank dari tuduhan menipu sebanyak RM300,000. Hakim Roslan Hamid yang membuat keputusan itu menjelaskan pihak pendakwaan telah gagal mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh, Hartini Abdul Ghani.

Hartini, 35, dituduh melakukan kesalahan itu pada 21 Ogos 2006 di Eon Bank Berhad cawangan Bayan Lepas dengan tidak merekodkan baki wang dari mesin wang automatik (ATM) sebanyak RM300,000 dengan niat menggunakan wang itu untuk kegunaan sendiri.

Hartini dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 408 kanun keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama iaitu penjara maksimum 14 tahun dan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tan Seng Han.

Beliau yang diwakili peguam R.S.N. Rayer melahirkan rasa gembira dengan keputusan mahkamah itu, namun sedikit terkilan kerana kegembiraan itu tidak dapat dikongsi bersama ibunya yang telah meninggal pada April tahun lepas.

Hartini berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bank berkenaan memandangkan beliau kehilangan kerja dan menganggur sepanjang proses penyiasatan dan perbicaraan kes itu.

"Saya hilang sumber pendapatan dan sukar mendapatkan kerja setelah dituduh melakukan perbuatan yang tidak pernah saya lakukan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan