Peguam Wanita Dipenjara Kerana Hina Mahkamah Dalam Urusan Harta Keluarga

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peguam kanan wanita berusia 64 tahun dikenakan hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan menghina mahkamah dalam percubaan menjual sebidang tanah milik keluarganya bernilai RM6 juta.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi bagaimanapun membenarkan permohonan peguam bela Datuk Harpal Singh Grewal untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman terhadap N. Mahadevi sementara menunggu rayuan.

Mahkamah kemudian membenarkan Mahadevi diikat jamin sebanyak RM50,000 oleh seorang penjamin.

Prosiding menghina mahkamah itu dimulakan oleh kakaknya N. Vijayalakshmi DEvi selepas Mahadevi menerima bayaran deposit berjumlah RM180,000 dari seorang pembeli walaupun mahkamah telah mengeluarkan perintah injunksi 'mareva' pada 15 Mac 2007, menghalang dia daripada menjual sebarang aset termasuk sebidang tanah di Gombak, Selangor.

Dalam notis usul yang difailkan pada 18 Mac 2009, Vijayalakshmi memohon kepada mahkamah supaya mensabitkan adiknya atas kesalahan menghina mahkamah kerana didakwa melanggar perintah injunksi itu.

Pada 17 Mac 2007, Mahkamah Rayuan mengesahkan perintah Mahkamah Tinggi dengan persetujuan oleh kedua-dua pihak itu.

Dalam notis itu, Vijayalakshmi, 73, mendakwa Mahadevi telah melanggar terma pada perintah injunksi termasuk menerima deposit sebanyak tiga peratus daripada nilai tanah berjumlah RM6 juta itu.

Katanya menerusi carian fail tanah di Pejabat Tanah Gombak mendapati Mahadevi pada 4 Januari 2008 bersetuju menjual tanah berkenaan kepada Khor Swee Wah. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan