Bekas Exco Perak Dipenjara Dua Tahun

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas anggota Exco kerajaan negeri Perak Datuk Azman Mahalan akan menjalani hukuman penjara dua tahun selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan semula sabitan terhadap salah satu daipada dua tuduhan rasuah.

Panel tiga anggota hakim yang diketuai oleh Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop membenarkan rayuan pendakwa untuk mensabitkan Azman, 68, yang ketika itu Ketua UMNO Bahagian Tapah, atas tuduhan pertama memberi suapan RM2,000 kepada seorang kontraktor, Mohd Kamal Rabaii.

Suapan itu adalah sebagai dorongan tidak menerima tawaran penyelesaian daripada Pazli Abdullah Sani supaya, Pazli yang ketika itu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tapah, kekal muflis dan tidak layak bertanding untuk menentang Azman bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 22 April 2001.

Dia melakukan kesalahan itu di rumahnya di No 29, Jalan Lengkok Pasar, Rapat Setia, Ipoh, antara 6 petang dan 7 malam, 6 April 2001.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Azman atas tuduah kedua memberi rasuah RM5,000 kepada Mohd Kamal untuk tujuan serupa di tempat yang sama antara 8.30 malam dan 11 malam, 9 April, 2001.

Azman mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan itu Mahkamah Sesyen Ipoh pada 2004. Pada 22 Ogos 2005, Mahkamah Sesyen Ipoh mendapati Azman bersalah atas dua tuduhan tersebut.

Dia dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 atau penjara enam bulan bagi tuduhan pertama dan penjara dua tahun penjara denda RM25,000 atau penjara setahun bagi tuduhan kedua.

Hukuman penjara itu berjalan serentak berkuatkuasa pada hari tersebut.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Azman untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan selesai.

Pada 2008, Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan rayuan Azman untuk dibebas dan dilepaskan atas dua pertuduhan tersebut.

Pihak pendakwaan kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan, tempat terakhir untuk kes dari mahkamah rendah.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin manakala Azman diwakili oleh peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdulah. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan