Saksi Diberi Amaran Agar Bersedia Beri Keterangan

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini memberi amaran kepada seorang pengadu dalam kes perbicaraan rasuah bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don, yang memohon sebanyak dua kali untuk menangguhkan keterangannya selepas terganggu dengan masalah peribadi dan gagal memberi tumpuan.

Hakim Rosbiahanin Ariffin memberi ingatan itu kepada Mohamad Hasnan Hassan, perunding sebuah syarikat pekerja asing, yang juga saksi dalam perbicaraan itu, supaya lebih bersedia dan serius ketika memberikan keterangan.

"Mahkamah memberi amaran kepada kamu supaya lebih bersedia ketika memberi keterangan, saya mengambil berat perkara ini kerana mahkamah terpaksa tangguh sehingga esok.

"Kamu adalah pengadu dalam kes ini dan jangan menyulitkan," kata Hakim Rosbiahanin. Prosiding yang berjalan sehingga petang itu terpaksa dihentikan selepas Mohamad Hasnan, 41, memohon penangguhan buat kali kedua hari ini.

"Saya memohon kepada mahkamah agar membenarkan saya tidak meneruskan memberi keterangan pada petang ini; saya tidak dapat tumpukan fikiran kerana banyak masalah peribadi yang belum selesai," kata Mohamad Hasnan.

Dalam prosiding itu, Mohamad Hasnan berkata beliau telah membuat laporan pada 3 Julai 2008 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya selepas menyedari ada unsur-unsur rasuah dan juga selepas dinasihatkan seorang kawannya iaitu Abdullah Che Man untuk berbuat demikian.

Mohamad Hasnan, saksi pendakwaan ke-18, memberi keterangan dalam kes Wahid, 57, yang didakwa menerima rasuah RM60,000 daripada ahli perniagaan Datuk Low Chang Hian sebagai bayaran upah bagi mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh, pada 19 Ogos 2008.

Wahid yang diwakili peguam bela, Datuk V. Sithambaran didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, Off Jalan Duta, pada jam 10.15 malam 10 Julai 2008.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan