Pembebasan Bekas KSU Kementerian Luar Bandar Dikekalkan

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan dan melepaskan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar Datuk Dr Abdul Aziz Muhammad daripada pertuduhan bersubahat dalam kes pecah amanah dan menipu.

Panel hakim terdiri daripada Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan itu.

Aziz, 65, kini seorang ahli perniagaan, pada awalnya disabitkan dan dikenakan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 2005 bagi kesalahan bersubahat dengan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tengah Terengganu (Ketengah) Datuk Alwi Said melakukan pecah amanah RM2 juta milik Ketengah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Kewangan di Jalan Raja Chulan antara 27 April dan 31 Julai, 1999.

Dia juga dihukum penjara lima tahun bagi pertuduhan menipu Menteri Kewangan Kedua pada ketika itu, Datuk Mustapa Mohamed, melalui pegawai Kementerian Kewangan, untuk mempercayai bahawa pelaburan Ketengah sebanyak RM9 juta dalam projek tanaman orkid, ternakan ikan dan rekreasi di Tasik Puteri, Bukit Besi, Dungun, berjalan lancar.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kementerian Kewangan di Jalan Duta, Kuala Lumpur, antara 24 Jun dan 9 Ogos, 1999.

Mahkamah Sesyen memerintahkan hukuman itu dilaksanakan serentak tetapi Mahkamah Tinggi pada 16 November, 2008 membebaskan dan melepaskannya selepas membenarkan rayuannya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan