Mahkamah Syariah Sahkan Lafaz Cerai Terhadap Kartika Sari Dewi

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Mahkamah Rendah Syariah di sini mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Muhammed Afandi Amir, 38, pada pertengahan Oktober 2008 terhadap Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, bekas model sambilan yang kini menunggu hukuman sebat kerana kesalahan minum arak.

Hakim Syarie Burhanuddin Ismi Adam berkata berdasarkan keterangan Kartika Sari Dewi selaku plaintif, Muhammed Afandi ada melakukan dua lafaz cerai yang jelas iaitu pada pertengahan Oktober 2008 dan 10 Februari 2009.

Beliau berkata berdasarkan keterangan dalam perbicaraan hari ini, kedua-dua lafaz itu didapati adalah talak yang 'soreh' iaitu lafaz yang jelas daripada segi makna dan pada kebiasaannya membawa erti talak kerana Muhammed Afandi selaku defendan secara jelas dan tanpa berselindung mengatakan dia menceraikan plaintif dengan sebutan 'aku ceraikan kau'.

Bagaimanapun katanya mahkamah hanya mengambil kira lafaz cerai yang pertama yang dibuat pada pertengahan Oktober 2008 pada 1 petang sebagai perceraian yang sah, dan selepas Kartika Sari Dewi tamat edah pada 17 Disember tahun sama, kedua-duanya bukan lagi pasangan suami isteri.

Beliau berkata ia juga bermakna lafaz kali kedua pada 10 Februari 2009 dianggap tidak sah dan sia-sia kerana defendan tidak lagi mempunyai sebarang kuasa terhadap plaintif kerana mereka bukan pasangan suami isteri.

Burhanuddin Ismi berkata pihaknya sedih dengan sikap defendan yang mengambil mudah dan tidak segera melaporkan kepada mahkamah selepas melafazkan perkataan cerai kali pertama itu.

"Sikap defendan ini juga telah menimbulkan keraguan bagaimana perhubungannya dengan plaintif selepas itu. Ini adalah cerai di luar mahkamah, tanpa kebenaran mahkamah dan ia adalah sah, bermakna gugur talak satu terhadap plaintif," katanya.

Muhammed Afandi, jurutera rangkaian agensi berita antarabangsa mendirikan rumah tangga dengan Kartika Sari Dewi di Singapura pada 1997 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Azfar, 7, dan Wann Kaitlynn Saridewi, 5.

Kartika Sari Dewi yang berasal dari Kampung Jawang Utara, Sungai Siput, dekat sini, sebelum ini dilaporkan berkata perkahwinannya dilangsungkan di Singapura dan kemudian didaftarkan di Kuala Kangsar.

Sementara itu Kartika Sari Dewi yang ditemui pemberita di luar mahkamah berkata beliau belum membuat sebarang perancangan masa depannya selepas perceraiannya itu disahkan.

Pada masa ini, katanya beliau dan Muhammed Afandi akan bekerjasama dalam soal penjagaan anak dan bekas suaminya itu dibenar menjenguk kedua-dua anaknya pada bila-bila masa.

"Ini melegakan saya, saya tenang bila datang hari ini berbanding perasaan ketika datang sebelum ini. Hakim banyak memberi pandangan dan nasihat, lebih profesional, ingatkan semua mahkamah syariah sama tetapi di Kuala Kangsar ini lebih profesional," katanya.

Muhammed Afandi pula berkata beliau tidak menolak mereka akan bernikah semula demi anak-anak.

"Bagi saya (rujuk semula) yang seelok-eloknya, apa yang kita percaya, sebab ajaran agama juga mengatakan setiap manusia yang beribadat setiap pasangannya adalah seruan yang elok dan baik," katanya.

Kartika Sari Dewi sebelum ini pernah didakwa kerana meminum arak pada 1 Disember 2008 dan pada 20 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas disabitkan kesalahan berkenaan.

Beliau membayar denda berkenaan tetapi masih lagi menunggu bagi menjalani hukuman sebatan itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan