Penjaga Parking Wanita Diisytihar Bankrap

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penjaga paking wanita yang mendakwa kad pengenalannya dicuri bagi pembelian sebuah kereta Toyota Estima hari ini diisytiharkan bankrap selepas disaman Bank Muamalat Malaysia Berhad kerana gagal membayar balik pinjaman untuk kenderaan itu.

Halimaton Din, 41, ibu kepada lima anak, yang tidak mampu menyediakan peguam untuk membela nasibnya, menitiskan air mata di luar mahkamah.

Ketika ditanya pemberita, Halimaton berkata Penolong Kanan Pendaftar Zaitun Anuar membuat keputusan dalam kamar tidak membenarkan kesnya ditangguh lagi dan menasihatinya mencari peguam.

Peguam Mohamad Fahmi Mat Radzi yang mewakili Bank Muamalat Malaysia Berhad berkata pihaknya telah mengemukakan petisyen pemiutang terhadap Halimaton bagi menuntut RM167,170.11 sehingga 19 Februari 2008.

Tuntutan itu berkaitan pembelian kereta Toyota Estima 2.4, yang didakwa Halimaton dibeli oleh orang lain tetapi menggunakan kad pengenalannya yang pernah hilang selama sebulan.

Ibu kepada lima orang anak yang berusia antara 3 bulan hingga 20 tahun ini bekerja sebagai penjaga paking di KL Sentral.

Katanya peguam yang pernah dihubunginya sebelum ini meminta bayaran RM400 sebelum kes itu dibawa ke mahkamah.

"Manalah saya ada duit sebanyak itu. Saya tidak mampu. Tengoklah nanti macam mana. Mungkin cuba tukar peguam lain," katanya sambil menitiskan air mata.

Ditanya apakah tindakan polis selepas laporan dibuat, beliau berkata: "Polis cuma cakap mereka sedang siasat."

Pada 18 Disember 2007, Halimaton membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Kajang, bahawa namanya digunakan untuk membeli kereta dan pernah mendapat saman walaupun dia sendiri tidak mempunyai lesen memandu manakala berita mengenai masalahnya tersiar di akhbar arus perdana pada 24 Oktober tahun lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan