Mahkamah Tangguh Kes Tuntutan Nafkah Anak Bekas ADUN Pada Julai

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini menetapkan 7 Julai depan sebagai tarikh pendengaran semula kes perbicaraan tuntutan nafkah anak oleh bekas isteri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Melor, Siti Aishah Chou Abdullah.

Hakim Nik Najib Che Hassan membuat keputusan itu di kamarnya selepas mendengar permohonan peguam Siti Aishah, Mohd Sibri Ismail yang memohon bagi mendapatkan seorang jurubahasa Kemboja bertauliah bagi pihak anak guamnya.

Mohd Sibri dalam permohonannya berkata Siti Aishah tidak begitu fasih berbahasa Melayu dan memerlukan seorang jurubahasa yang menggunakan bahasa ibundanya dalam memberi keterangan.

Nik Najib sebelum itu juga bertanya kepada Siti Aishah sejauh mana kefasihannya bercakap dalam Bahasa Melayu terutama ketika berkomunikasi sewaktu masih menjadi isteri Wan Ismail Wan Jusoh, 54, Siti Aishah hanya menjawab; "separuh sahaja (Bahasa Melayu)."

Peguam defendan, Mohd Zaki Zainal Abidin dalam hujahannya selepas itu berkata pihaknya tidak mempunyai masalah dengan permohonan Siti Aishah demi memberi keadilan kepadanya.

Nik Najib kemudiannya sempat berpesan kepada Mohd Zaki agar menasihati anak guamnya itu bagi menepati perintah sementara untuk membayar tuntutan nafkah sebanyak RM500 kepada dua anaknya Wan Mohd Firdaus, 4, dan Wan Nor Salwa, 3, setiap bulan seperti yang diputuskan pada 18 Februari lalu.

Mohd Zaki kemudiannya berjanji akan menasihati Wan Ismail agar mematuhi perintah mahkamah tersebut.

Pada prosiding hari ini, Wan Ismail tidak hadir kerana sedang menerima rawatan penyakit Hepatitis B di Hospital Selayang manakala Siti Aishah hadir bersama kedua-dua anaknya dan bapa, Kim Ti.

Siti Aishah dalam tuntutannya menuntut agar bekas suaminya itu membayar tuntutan nafkah sebanyak RM1,800 untuk dua anak mereka itu.

Selain kes itu, Siti Aishah juga membuat tuntutan mutaah sebanyak RM3 juta yang kes itu sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan