Pelajar Perfileman Mengaku Tak Bersalah Guna Internet Ancam Bom Petrol

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tasyrif Tajudin, 25, pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA dituduh menggunakan aplikasi dalam Internet untuk membuat komen yang boleh mengancam keselamatan orang lain. -Foto BERNAMA
Tasyrif Tajudin, 25, pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA dituduh menggunakan aplikasi dalam Internet untuk membuat komen yang boleh mengancam keselamatan orang lain. -Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Jumaat lepas tanpa pengakuannya direkodkan berhubung dakwaan menggunakan aplikasi dalam Internet untuk mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keselamatan orang lain, membuat pengakuan tidak bersalah terhadapa pertuduhan itu hari ini.

Pengakuan Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, dilakukan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin selepas pertuduhan dibacakan. Mahkamah menetapkan 4 Mac ini untuk sebutan semula kes itu.

Mohamad Tasyrif didakwa menggunakan aplikasi Internet itu secara sedar untuk memberi komen di laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam, dengan menulis "ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding..."

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah bernombor B10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya pada 10 pagi 10 Januari lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguam bela Mohd Radzlan Jalaludin ketika memohon agar wang jaminan RM10,000 yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Mohamed Yusuff, dikurangkan, berkata ini adalah kerana Mohamad Tasyrif masih seorang pelajar tahun pertama semester kedua jurusan perfileman di ASWARA.

Aslam membenarkan Mohamad Tasyrif diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Ayahnya, Tajuddin Awang, 51, pembantu awam di sebuah sekolah, selaku penjamin menjelaskan jaminan itu. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan