Pembantu Peribadi Diperintah Bela Diri

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu yang juga bekas pengawal peribadi seorang 'Datuk' diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini terhadap tuduhan membunuh anak perempuan teman wanitanya yang berusia dua tahun dan 11 bulan pada 2005.

Hakim Datuk Ghazali Cha berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Davender Singh Sher Singh, dari Taman Ibu Kota, Gombak, di sini.

Davender Singh, 49, didakwa membunuh Nur Farah Adila Ridzuan di No TA-12, Jalan Mewah 3, Taman Ampang, di antara 16 Jun hingga 1 Julai 2005.

Ghazali di dalam penghakimannya berkata, walaupun pihak pembelaan cuba mempertikaikan kredibliti ibu mangsa, Noriahanim Udin, 38, seorang pekerja hotel, mahkamah mendapati keterangannya boleh diterima.

Beliau berkata, Noriahanim yang disifatkan sebagai seorang saksi berkepentingan oleh pihak pembelaan di dalam kes ini, mahkamah tidak boleh menolak keterangannya sebulat-bulatnya.

"Adalah mustahil untuk Noriahanim memberikan keterangan secara terperinci tentang 'sesi perubatan' yang dilakukan oleh tertuduh mendakwa kanak-kanak tersebut telah disihir oleh bekas suaminya sekiranya beliau tidak menyaksikan kejadian tersebut," jelas Ghazali.

Beliau berkata, lagipun keterangan saksi tentang kecederaan yang dialami mangsa ketika "sesi perubatan" dan laporan perubatan adalah konsisten.

"Walaupun terdapat percanggahan di dalam keterangan Noriahanim tetapi percanggahan itu tidak begitu jelas ataupun ketara sehingga keterangan beliau itu perlu ditolak," kata Ghazali.

Beliau berkata, mengikut laporan perubatan dan bedah siasat, tulang rusuk kanan dan kiri mangsa telah patah, pankreas bernanah serta hampir semua organnya tidak berfungsi akibat kecederaan dipercayai dipukul dengan objek yang tumpul.

Ghazali berkata, mahkamah mengambil kira keterangan-keterangan saksi lain yang telah melihat kanak-kanak itu berada di dalam keadaan lemah sebelum kematian dan mangsa dilihat beberapa kali meninggalkan rumah lewat malam bersama-sama dengan tertuduh.

Peguam Davender, K. Balaguru memberitahu mahkamah beliau akan memanggil dua orang saksi pembelaan. Ghazali menetapkan tiga hari bermula 22 Feb untuk mendengar kes pembelaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Naziah Mokhtar hadir untuk pihak pendakwaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan