Pelajar Aswara Didakwa Guna Internet Ancam Keselamatan - Berita Mahkamah | mStar

Pelajar Aswara Didakwa Guna Internet Ancam Keselamatan

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding..."

Tulisan dalam Facebook itu telah mengheret seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh menggunakan aplikasi dalam Internet untuk membuat komen yang boleh mengancam keselamatan orang lain lima hari lepas.

Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, mengangguk tanda memahami pertuduhan itu namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Ho Kong Chin. Hakim Aslam Zainuddin yang sepatutnya mendengar kes itu mempunyai urusan rasmi di Shah Alam.

Ho kemudian menetapkan Isnin ini untuk sebutan semula dan juga untuk menetapkan jumlah jaminan.

Mohamad Tasyrif, pelajar tahun pertama jurusan perfileman dan tidak diwakili peguam, ditahan sementara menunggu sebutan semula kesnya itu.

Dia didakwa menggunakan aplikasi Internet itu secara sedar untuk memberi komen di laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam, dengan menulis "ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding..."

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah B10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya pada 10 pagi 10 Januari lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar menawarkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan