Laporan Kematian Tidak Dibuat Kerana Terlupa - Saksi

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini diberitahu laporan kematian seorang tahanan polis, R. Gunasegaran yang didakwa atas kesalahan dadah pada 16 Julai lepas, tidak dilakukan atas alasan terlupa untuk berbuat demikian.

Koperal Norazman Mohamad, 45, menjelaskan Sarjan Mejar Rajinder Singh merupakan pegawai yang bertanggungjawab membuat laporan itu dan menyatakan Rajinder mungkin terlupa untuk membuat laporan itu.

Ketika pemeriksaan balas peguam M. Visvanathan yang mewakili keluarga si mati, Norazman, saksi ketiga pendakwaan yang dipanggil semula untuk memberi keterangan, bersetuju dengan cadangan Visvanathan akan kepentingan laporan kematian itu dan ia sepatutnya dilakukan.

Norazman menjelaskan tugasnya hanya merekodkan laporan yang dibuat selepas pegawai lain memberikan maklumat lengkap, dan kemudian akan membuat tiga atau empat salinan untuk rujukan pegawai yang bertugas.

Inkues itu dijalankan bagi menentukan punca kematian Gunasegaran, 31, yang pengsan ketika proses merekod cap jari antara pukul 6.45 hingga 7 petang semasa dalam tahanan di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 7.40 malam.

Norazman, 44, mengulangi bahawa beliau tidak mengambil peduli ketika kejadian Gunasegaran jatuh pengsan kerana sibuk untuk menyiapkan dokumen pengesanan ujian dadah untuk tiga suspek lain pada hari yang sama.

"Mangsa juga tidak sempat melakukan sebarang ujian air kencing dan hanya sempat menyiapkan rekod cap jari saja dan itupun hanya dapat disiapkan sekeping," katanya.

Terdahulu, pegawai perubatan HKL, Dr Al Hilmi Saim, 32, memberitahu mahkamah ketika Gunasegaran dibawa ke bahagian kecemasan hospital itu beliau mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

"Selepas melakukan pemeriksaan seperti denyutan nadi dan degupan jantung saya dapati tiada sebarang tanda yang menunjukkan mangsa masih bernyawa. Lagipun ketika memeriksa pergerakan mata mangsa juga tiada pergerakan dan rangsangan terhadap cahaya wujud," katanya.

Inkues di hadapan Koroner Siti Shakirah Mohtarudin bersambung 19 Januari. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan