Kes Saman RM1 Juta Mawi World Dibicara 17 Februari

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Februari ini bagi perbicaraan saman RM1 juta yang dikemukakan syarikat minuman Yassa Sdn Bhd terhadap Mawi World Sdn Bhd kerana didakwa melanggar hak harta intelek.

Hakim Datuk Azahar Mohamed menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes itu pagi ini.

Peguam Nasrul Hadi Mat Saad, bagi pihak Yassa, memberitahu media di luar mahkamah seramai empat orang saksi dijangka memberikan keterangan pada hari perbicaraan itu, tiga daripada mereka merupakan saksi kepada syarikat Mawi World.

Pada 31 Oktober 2006, Yassa, selaku plaintif memfailkan saman mendakwa Mawi World telah melanggar hak harta intelek dengan memasarkan air galian di bawah jenama 'Mawi World', menggunakan kandungan maklumat milik syarikat itu seperti lesen pengeluaran minuman air mineral dan alamat kilang minuman pada botol minuman tanpa memperoleh kebenaran syarikat itu.

Ia juga mendakwa botol minuman air galian yang menggunakan gambar penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 29, mengandungi maklumat mengenai sumber dan kandungan yang sama dengan air mineral jenama "Streamline" keluaran Yassa.

Pada 14 Februari 2008, Penolong Kanan Pendaftar Noorasyikin Sahat menolak permohonan Mawi World untuk membatalkan saman itu dengan kos.

Mawi World merayu terhadap keputusan itu, tetapi ia ditolak oleh mahkamah pada 18 Jun 2008. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan