Gas Pemedih Mata Diguna Surai Tunjuk Perasaan Hindraf - Saksi

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa meriam air dan gas pemedih mata digunakan bagi menyurai orang ramai yang menyertai demonstrasi anjuran Hindu Rights Action Group (Hindraf) pada 25 November 2007.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah ketika itu, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan cota turut digunakan oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dalam kejadian itu yang menyebabkan beberapa penunjuk perasaan cedera.

"Kami memantau di Bukit Aman rakaman langsung yang diterima daripada jurukamera polis di lapangan tapi visual yang diterima tidak menunjukkan cota digunakan terhadap penunjuk perasaan," katanya ketika memberi keterangan pada perbicaraan peguam P. Uthayakumar, 47, yang dituduh menyiarkan sepucuk surat berbaur hasutan dalam laman web "Police Watch Malaysia" pada 11 Disember 2007.

Menjawab soalan Uthayakumar, yang mewakili dirinya, sama ada beliau sedar seorang penunjuk perasaan diserang sakit jantung akibat terhidu terlalu banyak gas pemedih mata sebelum meninggal dunia di Hospital Ampang, Acryl Sani berkata polis tidak pernah menerima laporan tentang perkara itu.

Katanya beliau tidak dapat mengesahkan kesahihan sijil yang didakwa oleh Uthayakumar sebagai sijil kebenaran mengebumikan lelaki berusia 62 tahun itu kerana ia salinan fotostat dan perlu dirujuk kepada balai polis Ampang.

Acryl Sani, yang kini Timbalan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia, tidak bersetuju dengan andaian Uthayakumar kononnya polis telah menyembunyikan kes kematian lelaki itu.

"Saya telah membuat pemeriksaan dengan balai polis Dang Wangi selepas sekeping gambar yang menunjukkan seorang lelaki India berlumuran darah yang didakwa terbunuh di Lebuh Ampang, tersiar dalam laman web "Police Watch Malaysia", tapi balai polis itu mengesahkan mereka tidak menerima laporan mengenainya," katanya.

Beliau juga tidak bersetuju dengan Uthayakumar yang mengatakan lebih 100,000 orang menyertai tunjuk perasaan itu kerana polis menganggarkan ia disertai antara 10,000 dan 30,000 orang.

Acryl Sani memberitahu mahkamah bahawa polis telah bermesyuarat beberapa kali bagi membincangkan strategi menangani keadaan di lapangan sebelum berlangsungnya tunjuk perasaan itu.

Menjawab soalan Uthayakumar, saksi itu berkata beliau bersetuju bahawa selepas "Ops Padam Hindraf", polis mengesyorkan kepada Kementerian Dalam Negeri supaya mengharamkan pergerakan itu.

"Selepas demonstrasi itu, kami juga mengadakan mesyuarat dengan Cawangan Khas pada 1 Disember 2007, yang membawa kepada penangkapan Uthayakumar dan beberapa orang lain di bawah ISA," kata Arcyl Sani.

Perbicaraan di hadapan hakim Sabariah Othman disambung esok.

Uthayakumar juga diwakili N.Surendran dan Charles Hector manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan