Sebutan Pertuduhan Qazaf Terhadap Mohd Saiful Didengar 17 Februari

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan 17 Februari untuk sebutan semula permohonan qazaf oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Syarie Mohd Shukor Sabudin menetapkan tarikh itu selepas peguam pihak responden Zainul Rijal Abu Bakar memberitahu mahkamah mereka akan mengemukakan bantahan awal berdasarkan tiga isu terhadap permohonan Anwar itu.

Tiga isu itu ialah mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah yang akan mendengar kes ini, prosedur permohonan yang tidak dibuat mengikut Akta Prosedur Mal 1998 serta kelayakan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin, untuk mewakili Anwar.

Zainul Rijal memberitahu mahkamah pihaknya akan memfailkan bantahan awal tersebut sebelum tarikh sebutan yang telah ditetapkan itu.

Dalam prosiding hari ini, Zainul Rijal berkata beliau memerlukan sedikit masa untuk menjawab dan membalas afidavit Anwar yang telah difailkan sebelum ini.

Afidavit jawapan itu akan difailkan serentak bersama-sama permohonan bantahan awal tersebut, kata peguam itu.

Terdahulu peguam yang mewakili Anwar, Kamar Aniah Kamaruzaman memberitahu mahkamah bahawa Anwar tidak dapat hadir ke mahkamah pada hari ini kerana menghadiri satu persidangan di Beirut, Lubnan.

Pada 7 Januari lepas, Anwar yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah bagi perintah supaya pihak pendakwaan meneruskan pertuduhan qazaf terhadap Mohd Saiful, 24.

Dalam tuntutan notis permohonan itu, Anwar, 63, menamakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain, Pengarah Jabatan Agama Islam wilayah, Datuk Che Mat Che Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom sebagai responden.

Anwar memohon perintah mahkamah mengarahkan Shamsuddin menggunakan kuasanya yang sedia ada padanya untuk menjalankan prosiding pertuduhan qazaf terhadap Saiful dan menghalang Che Mat dan Jamil daripada menghalang Shamsuddin menjalankan pertuduhan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan