Rayuan Ganti Rugi RM200,000 Kepada Khalid Jafri Ditangguh

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Rayuan PAS dan tiga yang lain terhadap satu perintah mahkamah untuk membayar ganti rugi RM200,000 kepada penulis Allahyarham Datuk Khalid Jafri Bakar Shah, ditangguhkan hari ini bagi membolehkan balunya Datin Rozihan A.Ghani sebagai responden menggantikan suaminya.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Sulong Matjeraie dan Datuk K.N.Segara, membenarkan permohonan peguam Khalid Jafri, Shamsul Bahrain Ibrahim untuk penangguhan itu kerana beliau memerlukan masa bagi menggantikan nama responden dalam rayuan itu.

Khalid Jafri, penulis buku kontroversi, "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM", 65, meninggal dunia pada 29 Ogos, 2005, akibat komplikasi disebabkan kencing manis.

Pada 13 Ogos, 2001, PAS, sebagai pemilik dan penerbit Harakah, editor Harakah Zulkifli Sulong, penerbit Syarikat Prema dan ketua Bahagian bahasa Inggeris Harakah Muhammad Abdul Rahman Koya diperintahkan membayar RM200,000 kepada Khalid Jafri kerana memfitnah beliau dan menerbitkan kenyataan fitnah tanpa mengambil kira kebenaran atau sebaliknya.

Syarikat Prema ialah perayu dalam rayuan pertama sementara PAS, Zulkifli dan Muhammad Abdul Rahman Koya ialah perayu dalam rayuan kedua.

Shamsul Bahrain memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menggantikan nama responden kepada Rozihan dalam rayuan pertama tetapi tidak dalam rayuan kedua.

Peguam Bahari Yeow Tian Hong untuk Syarikat Prema dan Zamani Ibrahim bagi PAS, Zulkifli dan Muhammad Abdul Rahman Koya tidak membantah terhadap penangguhan tersebut.

Mahkamah menangguhkan kes itu ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Khalid Jafri telah menyaman defendan mengenai satu artikel bertajuk "Malaysia Sweeps 10 Oscars" yang disiarkan dalam akhbar PAS, Harakah pada Mac, 1999.

Beliau mendakwa artikel itu bermakna dan difahami beliau sebagai seorang penjenayah dan watak jahat yang terbabit dalam aktiviti jenayah bagi kerja-kerja kesusasteraan Melayu.

Dalam pembelaan mereka, defendan mendakwa artikel itu berupa satu satira, cereka dan dicetak dalam bentuk gurauan.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan